Profesional disingkir dari GLC kerana cuba membersihkan najis ditinggalkan kleptokrat

Profesional disingkir dari GLC kerana cuba membersihkan najis ditinggalkan kleptokrat

Penyingkiran ahli profesional Melayu daripada GLIC dan GLC oleh kerajaan Melayu-Islam Perikatan Nasional ada dua sebab utama.

Pertama untuk memberikan jawatan mereka kepada ahli politik yang menyokong Muhyiddin Mohd Yassin sebagai “rasuah politik”.

Kedua kerana ahli profesional Melayu ini telah menemui najis yang ditinggalkan oleh kerajaan lama dan berusaha membersihkannya.

Ini merugikan ahli-ahli korporat yang bersubahat dengan mereka dan ahli-ahli korporat ini menggunakan fitnah dan lobi bagi menyingkirkan ahli profesional Melayu yang ikhlas itu.

Oleh kerana ahli-ahli koperat ini bersekongkol dengan pemimpin Umno dan mereka tahu Muhyiddin memerlukan Umno maka mereka menggunakan saluran Muhyiddin dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul, untuk melindungi kepentingan mereka.

Kalau inilah sikap dan layanan kerajaan PN terhadap ahli profesional Melayu dalam GLIC dan GLC, pilihan yang ada bagi mereka adalah mencari kerja di luar kerajaan atau berubah menjadi orang suruhan.

Terima kasih.

Sumber :

COMMENTS