PRN Sabah : Mohon BN atau PN jangan ketepikan Pas

PRN Sabah : Mohon BN atau PN jangan ketepikan Pas

Sama ada BN atau PN, kesilapan besar kepada kedua-dua gabungan tersebut jika tidak memberi kerusi untuk dipertandingkan oleh Pas dalam PRN Sabah.

Sebagaimana diperkatakan sebelum ini, PRN Sabah adalah cerminan kolisi politik yang akan menghiasi lanskap politik tanah air menjelang PRU15 nanti.

Walaupun Pas tidak kuat di Sabah, keputusan untuk mengenepikan parti tersebut dalam PRN ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kerjasama dalam PN dan MN.

Sedangkan kedua-dua gabungan itu sangat mengharap kerjasama Pas untuk meningkatkan peluang menang PRU15 nanti, khususnya menumpang populariti Pas di Semenanjung.

Jika betul Pas gagal mendapatkan sebarang kerusi seperti yang diumumkan oleh BN dan PN hari ini, isu ini akan jadi perdebatan hangat dalam muktamar pusat yang akan diadakan sehari selepas penamaan calon itu nanti.

Berbaki dua hari sebelum penamaan calon, masa masih ada untuk BN atau PN bermuhasabah dan bertaubat kembali untuk memberi sekurang-kurangnya satu atau dua kerusi daripada 10 yang dihasratkan oleh Pas.

Sumber :

COMMENTS