PRN Melaka : Guna logo Pas, Hamzah kata Tuan Ibrahim buat lawak

Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan seeloknya parti itu bertanding menggunakan logo sendiri pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka adalah sekadar melawak, kata Hamzah Zainudin.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu berkata, apa yang dilaporkan media sebelum ini terhadap kenyataan Tuan Ibrahim itu adalah kurang tepat.

PRN Melaka : Guna logo Pas, Hamzah kata Tuan Ibrahim buat lawak

“Saya ingat anda (wartawan) dapat maklumat itu salah. Apa dia (Tuan Ibrahim) kata itu macam melawak sahajakan.

“Dia (Tuan Ibrahim) kata kalau dah semua orang nakkan dia (PAS), pakai baju dialah. Itu sahaja cerita dia,” katanya pada sidang media di Desaru Coast, Kota Tinggi.

BERITA LANJUT MENYUSUL

BACA JUGA : Panas !!! Pemimpin Umno dedah kenapa Bersatu ‘paksa’ Pas guna logo PN
“Tak ada satu pun insentif diumum dalam bajet beri manfaat buat diriku”
Rauf ingatkan Pas untuk perkukuh Muafakat Nasional

CATEGORIES