PRK Slim panduan bagi PH rangka strategi hadapi PRU15 – Nik Nazmi

PRK Slim panduan bagi PH rangka strategi hadapi PRU15 – Nik Nazmi

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim telah selesai. Saya mengucapkan tahniah kepada pemenang, mereka yang bertanding dan pengundi kawasan kerana berjaya meraikan pesta demokrasi.

Cuma, hasilnya bukanlah seperti yang kami mahukan, selaku pasukan pembangkang Malaysia. Kesalahan tidak boleh diletakkan semata-mata pada calon yang bertanding. Beliau telah berusaha sebaik mungkin untuk menghadapi peperangan dengan kebarangkalian menang yang rendah.

Namun, PRK Slim adalah mesej bagi semua parti pembangkang Malaysia – terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) – untuk secara serius bermuhasabah dan bersama, terutama dari segi strategi dan pendekatan.

Kita tidak dapat dinafikan bahawa calon Bebas yang disokong oleh pembangkang mampu dikalahkan oleh parti yang pemimpinnya menghadapi tuduhan jenayah di mahkamah dan merupakan sebahagian daripada pemerintahan ‘pintu belakang’ yang semakin rapuh dan tidak stabil.

Calon yang dipilih oleh parti Pejuang, pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan setakat dikalahkan, tetapi dengan majoriti lima kali lebih tinggi daripada tahun 2018 (iaitu 10,945 undi berbanding 2,183) di kerusi yang pengundinya hampir 75 peratus orang Melayu.

Keadaan ini berlaku dalam keadaan terdapat dakwaan oleh beberapa ahli politik PH dan penganalisis politik tentang kehadiran Dr Mahathir sangat diperlukan untuk memujuk orang Melayu dan pengundi lain. Kumpulan ini percaya hanya Dr Mahathir yang boleh meyakinkan orang Melayu.

Apa yang lebih membimbangkan bagi pembangkang ialah calon Barisan Nasional (BN) memperoleh 13,060 undi, iaitu lebih banyak daripada gabungan jumlah undi UMNO dan Pas pada tahun 2018 (12,430). Lebih-lebih lagi, BN dilaporkan menang di semua tempat mengundi di Slim – termasuk di kawasan bukan Melayu.

Calon Pejuang hanya mendapat 2,115 undi berbanding 6,144 Bersatu pada tahun 2018 (ketika masih bersama PH). Ini menunjukkan bahawa sejumlah besar penyokong yang berpihak kepada pembangkang tidak mengundi atau beralih sokongan.

Berita penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/99127/KHAS/Pendapat/PH-perlu-belajar-daripada-PRK-Slim

COMMENTS