Presiden UMNO: KJ sahkan bertanding lawan Zahid

Oleh INFORAKYAT

Presiden UMNO: KJ sahkan bertanding lawan Zahid. Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Selasa secara jelas telah memberikan isyarat bahawa beliau akan bertanding mencabar kedudukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden dalam pemilihan parti itu.

Kenyataan tersebut sedikit berbeza berbanding sebelum ini yang seakan berselindung apabila ditanya mengenai kemungkinan bertanding bagi jawatan nombor satu parti itu.

Beliau sebelum ini hanya memberikan respons agar semua pihak menunggu apa tindakan selanjutnya apabila diajukan soalan oleh pengamal media.

Presiden UMNO: KJ sahkan bertanding lawan Zahid

Sekiranya jawatan tersebut dipertandingkan, ia merupakan kali kedua Khairy menawarkan diri bertanding bagi jawatan berkenaan selepas 2018.

Dalam satu forum anjuran Institut ISEAS-Yusof Ishak di Singapura, bekas Menteri Kesihatan itu turut menyatakan bahawa beliau atau sekutunya akan terus menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya terpilih sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan parti akan datang.

Jelas Khairy, wujud kebimbangan sekiranya berlaku perubahan dalam kepimpinan UMNO yang boleh menyebabkan ketidakstabilan politik dan kejatuhan kerajaan.

“Satu lagi Langkah Sheraton, satu lagi kerajaan akan masuk dan seorang Perdana Menteri baharu mengangkat sumpah.

“Loke (Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook) saya ingin katakan dengan jelas di hadapan semua orang di sini, jika saya atau sekutu saya memenangi jawatan Presiden, memenangi kepimpinan parti, kami akan memberikan sokongan kepada kerajaan perpaduan, kepada Anwar Ibrahim dan kepada anda,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh orang ramai.

Forum berkenaan turut dihadiri Anthony yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP.

Menurutnya lagi, pemilihan UMNO yang akan datang adalah segala-galanya dengan parti perlu diperbaharui, relevan, atau ‘berehat dengan tenang’.

Khairy sebelum ini mendesak Ahmad Zahid mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan susulan keputusan buruk UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menyaksikan parti itu hanya menang 26 kerusi Parlimen.

Bagaimanapun Ahmad Zahid dalam respons balasnya menerusi komen di salah satu hantaran bekas Ahli Parlimen Rembau itu meminta Khairy bertenang dan memaklumkan bahawa pemilihan parti bakal berlangsung dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya.

Dalam perkembangan terbaru, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bersedia dicabar oleh mana-mana calon dalam saingan kedudukan jawatan nombor satu UMNO pada pemilihan akan datang.

BACA JUGA :

Jalan di Selangor akan diturap secara besar-besaran tak lama lagi

Shuk tunai umrah dengan isteri – “nervous tapi happy sangat!”

Terungkai sudah 5 misteri tentang naik kapal terbang, “dari kecik terfikir pasal ini”