Presiden Parti Bumi Kenyalang dakwa ditahan pegawai SPRM

Presiden Parti Bumi Kenyalang dakwa ditahan pegawai SPRM.Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan mendakwa beliau ditahan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, calon Batu Lintang itu berkata, beliau sedang memandu keretanya melintasi Kenyalang Park apabila diarah berhenti oleh sebuah kereta.

“Saya ada dalam kereta, tiba-tiba ada kereta mengekori dan menghentikan saya. Mereka rampas kunci kereta saya dan cuba menahan saya.

“Saya tak tahu saya ditahan atas sebab apa, tapi mereka tak boleh macam ini, ini salah,” katanya yang menghubungi wartawan Utusan Malaysia pada pukul 8 pagi tadi.

Lee Shan yang cuba dihubungi sekali lagi setengah jam kemudian, tidak menjawab. Hanya kedengaran peti suara.

Beliau yang mengetuai PBK dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ke-12 kali ini menampilkan 73 calon daripada parti itu, dengan membawa kempen ‘Bebaskan Sarawak dari Malaysia” atas dakwan Perjanjian Malaysia 1963 tidak adil kepada rakyat negeri ini.

BACA: Umno perlu belajar menerima Bersatu – Ketua Pemuda Pas

CATEGORIES