Presiden Amanah ingatkan bahayanya ancaman perkauman kepada negara

Presiden Amanah ingatkan bahayanya ancaman perkauman kepada negara

Isu perkauman umpama api yang memakan sekam. Sentiasa bergerak dalam masyarakat dan akhirnya kita akan sedar bila apinya sudah terlalu marak dan membakar hangus rumah kita.

Ketika itu tangisan sudah tidak berguna kerana negara sudah hancur dan perlu pemulihan kembali. Apa yang melanda Amerika tidak mustahil melanda negara kita.

Apabila pihak yang mengagungkan perkauman berada dipuncak kuasa, pertimbangan mereka bukanlah lagi kepada akal dan logik mahupun pedoman Al Quran sebaliknya emosi dan sentimen.

Sedangkan Islam mengajar kita untuk sentiasa berlaku adil dan ihsan terhadap semua makhluk ciptaan Allah SWT ini.

Justeru, suatu panduan kepada kita semua. Apa yang berlaku di Amerika biarlah menjadi sejarah mereka di sana sahaja dan tidak perlu sampai menjadi sejarah negara kita pula.

Eratkan perpaduan, saling hormat menghormati sesama kita rakyat Malaysia…

Sumber:

COMMENTS