Power Rangers mengundi di Sabah

Power Rangers mengundi di Sabah

Kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bertambah meriah apabila pusat membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau, Penampang dikejutkan dengan kehadiran seorang individu berpakaian kostum watak Power Rangers.

Kelibat individu berkenaan yang mencuri perhatian orang ramai itu turut tular di beberapa platform laman sosial termasuk perkongsian di aplikasi WhatsApp berdasarkan perkongsian oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setakat pagi ini, SPR memaklumkan sebanyak 32 peratus penduduk telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka bagi memberi mandat terhadap siapa yang bakal meneraju negeri di bawah bayu itu.

Sementara itu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh turut menyeru orang ramai keluar menunaikan tanggungjawab itu selain turut mengingatkan orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Proses PRN Sabah akan tamat pada jam 5 petang sebelum keputusan bakal dibuat oleh pihak SPR yang dijangka pada malam ini.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/anggota-power-rangers-pun-tak-nak-terlepas-mengundi-260971

COMMENTS