Positif Covid-19 : Ambulans tak datang ambik, brader ni post kat FB baru kelam kabut semua

Positif Covid-19 : Ambulans tak datang ambik, brader ni post kat FB baru kelam kabut semua

Saya telah dihubungi oleh Encik F. Beliau merupakan rakan saya. Saya akan bertindak sebagai peguam mewakili Encik F, sekiranya pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadapnya.
https://www.hmetro.com.my/…/pesakit-covid-19-buat-hal

Penjelasan Encik F terhadap status Facebook yang tular tersebut :

1) Status bertarikh 22 Januari 2021 tersebut ditulis hanya semata-mata bertujuan untuk MENDAPATKAN PERHATIAN SEGERA daripada pihak KKM.
(Selagi tak viral, selagi tu tiada tindakan.)

2) Sebaik sahaja disahkan positif COVID-19 oleh sebuah klinik swasta pada 20 Januari 2021, Encik F TIDAK KELUAR KE MANA-MANA dan MENJALANKAN KUARANTIN DI RUMAH.
(Netizen kena prank. Saya tidak setuju dengan prank sebegini. Tapi tidak dinafikan, ia telah mewujudkan kesedaran kepada kita semua.)

3) Sejak 20 Januari 2021, Encik F berkali-kali menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan menunggu diambil oleh ambulans untuk dibawa ke mana-mana pusat kuarantin, berdasarkan faktor-faktor berikut :-
(i) Rumah sewa Encik F sangat kecil dan tidak sesuai untuk menjalani kuarantin sendiri.
(ii) Encik F mempunyai 5 teman serumah yang semuanya negatif COVID-19.
(iii) Encik F ialah seorang bujang dan tidak mempunyai ahli keluarga berhampiran yang boleh menghantar makanan sepanjang tempoh kuarantin.
(iv) Kawasan tempat tinggal Encik F adalah sempit dan sesak.

Encik F pada sepanjang masa telah bersiap sedia untuk dihantar ke mana-mana pusat kuarantin, agar beliau tidak menjangkiti orang lain di sekelilingnya. Malangnya pihak KKM begitu lambat untuk bertindak.
Kerana itulah Encik F “jentik” KKM melalui status Facebook tersebut. Bagaimana agaknya reaksi semua orang jika menyedari ada manusia yang positif COVID-19 sedang berlegar di sekeliling mereka?

Polisi kuarantin KKM yang kerap berubah juga menyebabkan rakyat Malaysia jadi keliru.

Bila nak buat test COVID-19?
Apa nak buat sementara tunggu keputusan?
Apa nak buat selepas keputusan didapati positif?
Berapa hari nak kena kuarantin?
Kuarantin di rumah atau di pusat kuarantin?
Bila nak pergi hospital?

Dalam kes Encik F :-
a) Encik F demam sejak 16 Januari 2021. Keesokannya, 17 Januari 2021, Encik F segera ke Bahagian Kecemasan Hospital Ampang. Tetapi Hospital Ampang menyatakan, tiada keperluan untuk buat test COVID-19, melainkan jika telah demam melebihi 3 hari.

b) Encik F mengadu demam, batuk, sakit tekak, hilang selera makan dan hilang deria bau. Tetapi Hospital Ampang hanya membekalkan ubat demam dan vitamin C. Darah diambil dan kemudian pihak hospital menyatakan bukan denggi dan bukan COVID-19.

c) Pada 20 Januari 2021, Encik F mengambil inisiatif sendiri pergi ke sebuah klinik swasta untuk membuat ujian COVID-19 dengan bayaran RM150. Keputusan positif. Pihak hospital telah mengambil butir-butir maklumat peribadi Encik F dan menyuruh Encik F tunggu sahaja di rumah sehingga ambulans datang.

d) Ambulans tak datang-datang. Panggilan telefon ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) tak pernah berangkat.

e) Sepanjang beberapa hari, Encik F cuba sedaya-upaya mengurung diri dalam bilik. Namun tetap terpaksa keluar bilik bila nak ke dapur atau ke tandas. Bagaimana nasib rakan-rakan serumahnya?
Maka pada 22 Januari 2021, Encik F up status Facebook. Sepantas kilat status tersebut jadi viral. Semua orang marah dan bimbang.

KKM gelabah. PKD gelabah. Doktor klinik swasta gelabah. Polis gelabah. Satu Malaysia gelabah. –FB 

May be an image of text that says "4h saja nak bagitau hari ni masuk hari ke 3 selepas abam disahkan positif covid-19 oleh doktor diklinik Poliklinik Cahaya Pandan Perdana sehingga kini tiada sebarang maklumat/pangg telefon daripada Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan nak bagitau jugak sepanjang 3 hari ni abam bebas keluar masuk rumah membeli makanan, shopping dan menyebarkan virus ini kepada orang ramai. pergi mampuslah sape yang kata abam tak kuarantinkan diri sebab pihak yang sepatutnya memantau abam pun main lepas tangan je. POLIKLINIK CAHAYA PANDAN PAN PERDANA No. Telefon: Email: Pessbh @Fent Kalepor WaP"