Nama pempengaruh Aisar Khaled kini meledak hebat dan semakin dikenali di Indonesia,
sehinggakan ke mana sahaja dia pergi, pasti diserbu peminat
Popularitinya yang luar biasa ini terbukti melalui sebuah video yang dimuat naik oleh Aisar di platform TikTok miliknya.
Dalam video tersebut, Aisar yang berusia 24 tahun dilihat dikawal oleh beberapa anggota polis ketika berada di sebuah kawasan di Aceh.
Situasi itu jelas menunjukkan betapa ramainya peminat yang ingin bertemu dengannya.
Aisar berkongsi melalui kapsyen video tersebut bahawa lebih 20,000 peminat hadir ke lokasi tersebut, yang membuatkan dirinya berasa terharu.
“Aceh Indonesia dibanjiri lebih 20,000. Aku rasa nak menangis ini. Jadi ke kota mana seterusnya?” tulisnya.
@ali.akbar5203 penyambutan kedatangan sultan Malaysia 🇲🇾 #videoviralitiktok #aisarkhaledd #fyp @AisarKhaledd ♬ suara asli – Ali Akbar
Melihat situasi tersebut, ramai warganet yang terkejut dan memuji Aisar, malah ada yang menganggapnya seperti seorang selebriti ternama.
Namun, tidak kurang juga ada segelintir warganet yang merasa agak malu dengan tindakan peminat yang terlalu serbu dan memeriahkan keadaan.
BACA:Â Rupanya macam ini cara Kim Seri buka restoran di Korea guna visa pelajar