Selepas ini, ada saja makanan ‘viral’, jangan terus serbu. Semak dulu status halal dengan portal pihak berwajib.
Sebabnya, satu demi satu makanan tular di media sosial ini rupanya apabila disiasat ada pula dicampur dengan bahan haram.
Ini termasuklah satu premis makanan berasaskan popiah di Subang Jaya, Selangor yang terang-terang memberitahu bahawa mereka menggunakan serbuk babi.
Sedihnya, ramai pelanggan Muslim kebanyakannya bertudung nampak berselera menikmati makanan di premis tersebut.
Ikuti tulisan pengguna Facebook, M.N. Adzhar berkenaan jenama popiah didatangi ramai pelanggan Muslim ini dengan lebih 2,000 perkongsian hanya dalam tempoh 8 jam:
SALAH SIAPA?!
Pekerjanya rata-rata bertudung dan yang datang makan sini pun kebanyakannya orang Islam.
Paling gempak kedai ini siap buat menu Ramadan untuk berbuka puasa – pasti penuh kan sepanjang bulan Ramadan!
Masalahnya sekarang dalam makanan yang mereka jual menggunakan “pork powder” aka SERBUK BABI.
Alamak! Popiah ‘viral’ ramai Muslim serbu ini taukenya dah mengaku bubuh serbuk babi BiBi’s Popiah
Saya melihat kesilapan bangsa Melayu yang menjadi pelanggan dan sikap mengambil mudah tentang hukum hakam agama menjadi punca kepada berlakunya perkara yang semakin membimbangkan ini.
Sikap asal viral pasti terjah tanpa sedar anda telah memakan hidung BABI!
Kesilapan juga kepada peniaga kerana kalau dia secara terus terang mengatakan makanan dia bercampur babi, sudah pasti tiada orang Islam yang sanggup bekerja di situ.
Ditambah pula dengan silap peniaga yang mahu mengambil kesempatan dengan menyediakan Pakej Ramadan untuk Berbuka Puasa.
Inilah tugas kita sebagai umat Islam untuk menyebarkan dan melarang sesama Muslim untuk tidak makan di kedai bukan Muslim yang tiada pengiktirafan HALAL oleh pihak berkuasa.
Tapi andai ada Muslim yang merasakan inilah peluang untuk menikmati makanan bercampur BABI tanpa perlu beratur, dipersilakan.
Baca:‘Jangan samakan saya dengan dia lagi’ – Ini sebabnya Adam Lee buang jambang