Pony masih trauma jadi mangsa hamba seks dengan lelaki selama bertahun-tahun

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Sekor Orang Utan betina yang sebelum ini diperlakukan seperti ‘pelacur’ masih dalam keadaan trauma

Berhadapan lelaki walaupun kejadian tragis itu sudah berlalu kira-kira dua dekad lalu.

Mirror UK melaporkan Orang Utan itu dirantai ke katil, alat sulitnya dicukur setiap hari dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan lelaki selama bertahun-tahun.

Pony masih trauma jadi hamba seks dengan lelaki selama bertahun-tahun

Orang Utan dinamakan Pony itu ditahan selama bertahun-tahun dan terpaksa melakukan perbuatan yang mengerikan sebelum dia akhirnya diselamatkan dan terpaksa menjalani pemulihan.

Pony sebelum ini ditangkap penculiknya yang kemudian menjadikan haiwan itu pelacur kepada pelanggan lelaki gila seks selama bertahun-tahun.

Pasukan penyelamat mendapati tubuh badan Pony juga mempunyai kesan gigitan yang menyakitkan sepanjang tempoh dirantai di atas katil dan dirogol berulang kali.

Yayasan Survival Orang Utan Borneo dalam kenyataannya berkata tidak menyangka ada kes haiwan seperti Pony yang diperlakukan sebagai itu.

Lelaki gila membayar sejumlah wang kepada pemilik rumah untuk melakukan hubungan dengan Pony,” katanya.

Difahamkan Pony baru berusia enam tahun ketika diselamatkan dan tidak diketahui dengan tepat berapa lama dia terperangkap di ‘rumah pelacuran’ itu.

Kenyataan Yayasan Survival Orang Utan Borneo memberitahu bahawa pemilik rumah enggan melepaskan Pony.

Bagi pemilik itu, Pony adalah mesin membawa untung tunai dan sumber tuahnya.

“Pegawai polis dan tentera terpaksa campur tangan untuk memujuk pemilik rumah dalam usaha menyelamatkan Orang Utan itu.

“Pony mengambil masa lebih sedekad untuk pulih daripada segala penderitaan yang dialaminya.

“Dia dibawa ke Pusat Pemulihan Orang Utan Nyaru Menteng di Borneo, Indonesia, di mana kakitangan organisasi berkenaan turut berasa bimbang dengan ‘kerosakan’ yang dialami Pony,” katanya.

Pony tidak menunjukkan keinginan untuk meneroka dan tidak dapat mencari makanan sendiri.

Sukarelawan, Michelle Desilets memberitahu Sun Online : “Ia adalah ingatan ngeri. Dia hamba seks, ia sangat teruk. Dia pasti mengalami kesakitan yang amat sangat,” katanya.

Orang Utan itu diselamatkan pada tahun 2003. Semasa pemulihannya, lelaki tidak dibenarkan mendekatinya, kerana dia jelas trauma dengan perlakuan kejam yang dialaminya.

Hanya selepas 15 tahun Pony akhirnya berada dalam keadaan sihat dan dapat mencari makanan di Pusat Pemulihan Orang Utan Nyaru Menteng itu di mana Pony ditempatkan dalam kandang bersama tujuh Orang Utan lain.

BACA: Gadis ini kongsi gambar menarik di Gold Coast tambang hanya RM699, buat ramai teringin nak travel