Politikus Malaysia hanya berani dari jauh, tak seperti di Indonesia

Politikus Malaysia hanya berani dari jauh, tak seperti di Indonesia

Ini adalah video rakaman Najwa Shihab, pembawa acara bagi program bual bicara yang sangat terkenal di Indonesia (Mata Najwa) yang bertanyakan kerja anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia yang menyamai Ahli Dewan Rakyat di Malaysia semasa tempoh bencana covid-19.

Bezanya, DPR Indonesia kekal dibuka untuk perbahasan namun di Malaysia Dewan Rakyat pintunya ditutup rapat takutkan hantu ‘undi tidak percaya’ sungguhpun berbagai sektor pekerjaan sudah ‘diugut’ untuk mesti dibuka dan SOP yang ketat telah digubal.

Bahasa yang teratur, tajam dan tepat dilontarkan untuk elit politik yang bermuka-muka bahkan masih berbagi kuasa dan untung duit sewaktu bencana memakan nyawa dan kehidupan rakyat kecil. Persis di Malaysia juga!

Bertahun lamanya saya ikuti politik, budaya dan kehidupan beragama Indonesia atas keperluan kajian dan peribadi, saya pernah bercita-cita untuk meniru program bual bicara sebegini dan menjadi pembawa acara tuna rumahnya. Bertanya kepada politikus yang datang dengan soalan tepat tanpa takut. Mengawal mereka agar tidak berfalasi dan lari dari tajuk. Moga cita-cita saya itu suatu hari terlaksana jua; InshaAllah.

Namun, hebatnya politisi Indonesia itu, walau hampir pasti kalah berdebat dan berhujah secara langsung di televisyen, ramai diantara mereka yang kekal berani hadir dan menerima ‘serangan’ persoalan dari pembawa acara. Di Malaysia? Politikus hanya berani membaling baru dari jauh, mengaduh dan repot polis pula mereka dimarah kerana membaling batu yang melukai rakyat

Sumber:

COMMENTS