Polis tunjuk tanda bagus kepada driver lori selapas tolong halang Vellfire guna lorong kecemasan

Polis tunjuk tanda bagus kepada driver lori selapas tolong halang Vellfire guna lorong kecemasan

Polis tunjuk tanda bagus kepada driver lori selapas tolong halang Vellfire guna lorong kecemasan. Tindakan seorang pemandu lori membunyikan hon berkali-kali kepada kereta peronda di hadapannya meraih perhatian ramai apabila dia secara tidak langsung membantu polis menahan sebuah Toyota Alphard yang menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan.

Memetik TheVocket, dalam video pendek berdurasi 34 saat itu, pemandu lori tersebut bergerak perlahan beratur bersama-sama kenderaan lain dalam kesesakan lalu lintas, tiba-tiba pemandu lori itu sedar ada sebuah MPV memotong barisan di lorong kirinya.

Tindakan spontan pemandu lori itu membunyikan hon sebagai tanda ada MPV sedang memotong barisan menggunakan lorong kecemasan telah menarik perhatian kereta polis di hadapannya.

Anggota yang duduk di tempat duduk penumpang membuka tingkap dan mengarahkan Alphard itu memberhentikan kenderaan. Namun MPV itu segera masuk semula ke dalam lorong di hadapan kereta peronda tersebut.

Kereta polis itu memotong Alphard terbabit di sebelah kiri untuk mengarah pemandu MPV itu segera berhentikan kenderaannya. Selepas itu pemandu kereta peronda memberikan isyarat tangan โ€˜thumbs upโ€˜ sebagai tanda berterima kasih kepada pemandu lori itu.

Polis tunjuk tanda bagus kepada driver lori selapas tolong halang Vellfire guna lorong kecemasan

Pengguna TikTok yang menonton video berkenaan berasa sangat puas hati apabila pemandu MPV mewah itu dikenakan tindakan atas sebab melanggar undang-undang jalan raya walaupun peringatan sudah diberikan berkali-kali.

@abangcrossborderasyik salahkan lori ja ๐Ÿ˜ตโ€๐Ÿ’ซ

โ™ฌ suara asli – ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ๐Œ๐š๐ณ๐ฌ๐ž๐ก๐ก ๐„๐ฏ๐š๐ง๐Ÿฆ

BACA:

โ€˜Boustead Naval bayar hutang lapuk guna duit projek LCSโ€™, dedah PAC

Kecam kunafa Chef Ammar lembik dan rapuh, โ€œada yang marah-marah dalam live nantiโ€ โ€“ Netizen

Pesilat Kristian beri sebab kenapa pakai tudung

CATEGORIES