Polis tangkap Polis yang jadi tokan dadah

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Polis tangkap Polis yang jadi tokan dadah

Seorang anggota polis yang disyaki tokan dadah ditahan dalam serbuan polis di kawasan Taman Sejati Indah, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan,

Polis tangkap Polis yang jadi tokan dadah

Berkata suspek berusia 32 tahun itu ditahan pada jam 12.05 tengah hari oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui lima bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki dadah syabu yang dianggarkan bernilai RM168,000 untuk pasaran tempatan.

“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek adalah negatif dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Lima bungkusan dadah jenis syabu itu dianggarkan seberat 5,291 gram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaidy berkata, suspek yang sudah berkahwin itu kemudian direman tujuh hari bermula semalam sehingga 16 Ogos untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Kesemua dadah yang dirampas boleh digunakan sehingga 26,450 penagih dadah jenis syabu.

“Polis khususnya JSJN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menyalah guna kuasa dsngan menjalankan aktiviti dadah.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang PDRM. Orang ramai diharap dapat membantu polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah atau dadah,” katanya.

BACA: Anwar Ibrahim bakal kemukakan cadangan kepada Agong bakal buat penyokong parti islam meloncat