Polis tahan pelajar sekolah rogol gadis tingkatan dua

Polis tahan pelajar sekolah rogol gadis tingkatan dua

Polis tahan pelajar sekolah rogol gadis tingkatan dua. Dalam satu kejadian di Klang semalam, pihak polis telah bertindak menahan lima lelaki termasuk pelajar sekolah yang dipercayai merogol seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun pada bulan lalu.

Memetik laporan Kosmo, kesemua suspek ditahan sekitar jam 1 pagi di lokasi berasingan disekitar daerah dan berumur lingkungan 16 hingga 21 tahun.

Pihak polis menjalankan tangkapan itu selepas menerima laporan daripada ibu mangsa pada jam 8.52 malam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata mangsa telah dibawa oleh rakan sekolahnya ke sebuah rumah pada 12 Ogos lalu sekitar jam 8 malam selepas hasil siasatan dilakukan.

“Mangsa kemudian didakwa dirogol abang rakannya itu bersama empat lagi lelaki yang baru dikenali.

Polis tahan pelajar sekolah rogol gadis tingkatan dua

“Keluarga mangsa yang menyedari perkara itu kemudian tampil membuat laporan polis bagi tindakan lanjut,” jelasnya sewaktu menghadiri Majlis Pelupusan Barang Kes di Balai Polis Kapar hari ini, lapor Kosmo.

Tambahnya, hasil maklumat yang diperolehi, kesemua suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian air kencing ke atas mereka didapati negatif dadah, mereka kini direman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan iaitu rogol berkumpulan,” maklumnya lagi.

BACA:

Siapa sangka Honda Ex-5 kini cecah nilai RM12,000

Harga jam Fazura RM4 Juta? Habis netizen selongkar

Remaja pertaruh nyawa selamatkan budak dalam banjir, sikit lagi kena renjatan elektrik

CATEGORIES