Polis sahkan Ebit Lew berdepan satu lagi kes siasatan jenayah yang baru

Polis sahkan Ebit Lew berdepan satu lagi kes siasatan jenayah yang baru. Satu lagi kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah bebas, Ebit Lew kini sedang disiapkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata pihaknya sedang melengkapkan siasatan berhubung laporan yang dibuat di Semenanjung. Siasatan dijalankan termasuklah mengesan saksi-saksi berhubung dakwaan itu.

“Belum pasti bila akan didakwa, masih disiapkan siasatan lagi,” katanya.

Sebelum ini, Ebit, 37, mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Lew Ibrahim Lew didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Polis sahkan Ebit Lew berdepan satu lagi kes siasatan jenayah yang baru

Mahkamah kemudian menetapkan 20 hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen, manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada Jun depan.

Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Untuk rekod, Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

Semua pertuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di daerah Tenom, Sabah antara Mac hingga Jun 2021 terhadap seorang perempuan Melayu.

TONTON:

BACA:

Tips dapatkan lebih cepat bayaran balik cukai yang ramai tak tahu

TNG eWallet umum perkenal skim pinjaman tidak patuh shariah

Fattah buat hal dengan dengan TikTok, “tak ada sapa boleh lawan..”

CATEGORIES