Polis kejar Hilux langgar merah di Muar sampai KL, patutlah lari rupanya ini muatan yang dibawa

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Polis telah menahan enam lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes melibatkan

sebuah pacuan empat roda yang melarikan diri sejauh 180 kilometer dari Muar ke Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar, memaklumkan bahawa kesemua suspek berusia antara 25 hingga 35 tahun

Ditahan di kawasan Damansara, Kuala Lumpur, kira-kira jam 7 pagi tadi.

Menurut beliau, hasil tangkapan tersebut turut membawa kepada penahanan dua kenderaan pacuan empat roda, termasuk Toyota Hilux yang digunakan untuk meloloskan diri semasa dikejar polis.

Polis kejar Hilux langgar merah di Muar sampai KL, patutlah lari rupanya ini muatan yang dibawa

“Siasatan lanjut sedang dijalankan, termasuk menentukan jumlah individu yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda yang diburu ketika kejadian.

Pemeriksaan juga mendapati kedua-dua kenderaan tersebut adalah kenderaan sewa, dan salah satu daripadanya mengandungi peralatan mencuri kabel,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Penyerahan tugas itu melibatkan Deputi Komisioner Afandi Senin kepada Senior Asisten Komisioner Nor Azizi Maarof.

Dalam kejadian pada jam 2.45 pagi semalam, pasukan unit peronda polis (MPV) mengesan sebuah Toyota Hilux melanggar lampu isyarat merah di Jalan Bakri, Muar. Arahan diberikan supaya kenderaan itu berhenti untuk pemeriksaan, namun suspek enggan mematuhi arahan dan terus memecut melarikan diri.

Insiden itu mencetuskan aksi kejar-mengejar melibatkan pasukan peronda dari Kontinjen Johor, Melaka, Bukit Aman, serta Balai Polis Trafik Kuala Lumpur.

BACA: Anwar Ibrahim jawab macam mana kerajaan boleh jimat kos perjalanan PM cecah 80%!