Pokok sawit tumbang hempap pekerja ladang, seorang maut

Pokok sawit tumbang hempap pekerja ladang, seorang maut. Seorang pekerja ladang maut dihempap pokok kelapa sawit ketika melakukan kerja pembersihan ladang di Taman Saujana, di sini, pada 6 petang hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Shamsul Amri Shahab berkata, kejadian disedari rakan mangsa yang kemudian mengalihkan pokok berkenaan menggunakan jentera.

“Pokok berkenaan berjaya dialihkan menggunakan jengkaut dalam tempoh lima minit dan mangsa iaitu seorang lelaki berusia 54 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang berada di lokasi.

Pokok

“Sebelum kejadian mangsa bersama dua pekerja sedang melakukan kerja pembersihan ladang,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pokok tumbang membabitkan mangsa pada 6.14 petang

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/755794/maut-dihempap-pokok-kelapa-sawit

BACA: Varian delta di Kelantan agak membimbangkan

CATEGORIES