Pok Teh pertikai Fattah Amin sumbang komisen RM90000 kepada asnaf dan ibu tunggal

Oleh AHMAD SULAIMAN

Seorang pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Pok Teh menyifatkan tindakan Fattah Amin

Dia menolak komisen hasil jualan kambing perap Pak Mat Western sebagai langkah yang kurang bijak.

“Bro, kau ni biar betul?”

Menurut Pok Teh, dia tidak menyangka ada orang seperti Fattah yang bekerja tetapi tidak mengambil sebarang pendapatan.

“Dalam keadaan dia tengah ada masalah rumah tangga, dia boleh tolak income RM90,000. Bro, kau ni biar betul?

Pok Teh pertikai Fattah Amin sumbang komisen RM90000 kepada asnaf dan ibu tunggal

Jarang orang tengah down boleh tolak macam tu. Kau bukan level T20. Kalau nak kira, level kau bawah sikit daripada aku,” katanya.

Pok Teh berpendapat Fattah sekurang-kurangnya perlu mengambil sedikit wang komisen tersebut kerana itu adalah hasil usahanya.

“Fattah Amin, kau ni tak ada akal ke? Aku pun tak kenal kau, tapi kalau kira rupa, aku lagi handsome daripada kau. Gigi aku je rongak sikit. Tapi kalau aku pakai braces, memang kau jauh ketinggalan,” tambahnya.

Pok Teh menyatakan bahawa jika Fattah rasa tidak boleh menerima pendapatan, mungkin dia tidak perlu bekerja.

“Kesian, dah penat-penat bekerja tapi tolak gaji. Aku malas campur hal rumah tangga kau, tapi kalau kau single, aku boleh recommend. Bunga bukan sekuntum. Jangan sedih, semoga terus sukses,” katanya.

Di ruangan komen, ramai netizen tidak bersetuju dengan kenyataan Pok Teh terhadap aktor tersebut. Namun, masih ada yang berpendapat mungkin Pok Teh cuba menyampaikan mesej tersirat.

BACA: Rupanya lelaki melayu yang letak kepala khinzir di gerai roti canai?