PN umum 14 Pengerusi Badan Perhubungan Negeri terdiri dari Pas dan Bersatu sahaja

PN umum 14 Pengerusi Badan Perhubungan Negeri terdiri dari Pas dan Bersatu sahaja

Seramai 14 Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN) Perikatan Nasional (PN) hari ini dilantik, termasuklah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi BPN Johor.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan di Facebook miliknya berkata, kesemua lantikan dibuat oleh Pengerusi PN itu selepas bermesyuarat bersama Majlis Tertinggi PN.

“Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pula dipilih mengetuai BPN Terengganu, manakala Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai Pengerusi BPN Kelantan.

“Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Pengerusi BPN Selangor dan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi BPN Perak,” katanya.

Beliau berkata mereka yang lain adalah; Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor (Pengerusi BPN Kedah), Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor (Sabah), Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Saifuddin Abdullah (Pahang) dan Pengerusi Parti Bersatu Negeri Sembilan Datuk Eddin Syazlee Shith (Negeri Sembilan).

Selain itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Shabudin Yahaya (Pulau Pinang), Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli (Perlis), EXCO Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Melaka), Pengerusi Bersatu Sarawak Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (Sarawak) dan Setiausaha Kerja Bersatu Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya (Wilayah Persekutuan).

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pn-lantik-14-pengerusi-badan-perhubungan-negeri-hamzah-zainudin-276166