PN mula takut, reka cerita kononnya MP Warisan sokong PN

PN mula takut, reka cerita kononnya MP Warisan sokong PN

KENYATAAN MEDIA OLEH SETIAUSAHA AGUNG PARTI WARISAN SABAH YB DATUK LORETTO PADUA
9 JUN 2020

Warisan hari ini menyangkal laporan berita oleh Harian Metro yang mengatakan bahawa terdapat 4 Ahli Parlimen yang keluar dan menyokong Perikatan Nasional.

Perkara ini tidak benar sama sekali. Ini hanyalah permainan persepsi oleh PN kerana mereka takut dengan sokongan yang diberikan kepada PH Plus.

Permainan ini bukan sahaja dimainkan ke atas Ahli Parlimen Warisan tetapi juga Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri agar mereka menyokong PN. Mereka sudah ketandusan. Mereka berani menjual nama Ahli- Ahli Parlimen kononnya mereka telah bersetuju untuk melompat.

Saya secara peribadi selalu menghubungi mereka dan mereka optimis sentiasa teguh dibelakang YAB Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie Apdal.

-Tamat-

YB Datuk Loretto Padua
Setiausaha Agung

Sumber:

COMMENTS