PN Johor tunggang-langgang, pimpinan saling bercanggah kenyataan

PN Johor tunggang-langgang, pimpinan saling bercanggah kenyataan

PN Johor dilihat tunggang langgang dalam menyatakan pendirian berkenaan halatuju kerajaan negeri Johor samada bubar DUN, kekal sebagai kerajaan atau tumbang menjadi kerajaan paling singkat dalam sejarah.

Kenyataan dari pimpinan komponen PN dilihat saling kontradik malah menunjukkan kegoyahan PN Johor dan juga parti komponennya.

Ketika Pesuruhjaya Johor menyatakan kesediaan untuk bubar DUN, Ketua Pemuda PAS Negeri Johor pula menyatakan sebaliknya. “Flip-flop” politik PAS yang menjadi bahan jenaka dan tidak tetap pendirian diketahui umum walaupun pada April 2020, Pesuruhjaya PAS keluarkan kenyataan untuk elak PRN Johor.

ADUN Layang-Layang dari UMNO pula sebelum ini juga mengeluarkan kenyataan dengan mencadangkan kepada PH Johor jika cukup kerusi, mohon untuk bubar DUN. Sangat pelik, ketika PN masih menjadi kerajaan, meminta Pembangkang mohon bubar DUN. Dan amat dangkal apabila tidak berani untuk bersidang dengan masa lebih panjang pada sidang DUN yang lepas.

ADUN Putri Wangsa dari BERSATU dilihat tidak bersedia untuk untuk Pilihan Raya Negeri dengan alasan ia bukan masa yang sesuai.

keadaan ini dengan jelas menunjukkan PN Johor bagai telur dihujung tanduk dan sebagai kerajaan, ia dilihat kerajaan yang sangat rapuh dan bertentangan dengan kehendak rakyat yang mahukan kerajaan yang stabil.

Ridhuan Esa
Ketua Pemuda AMANAH Kawasan Tenggara

Sumber:

COMMENTS