PMX maklum pertemuan dengan Presiden Indonesia batal sebab demam, sekali lain pula bila Prabowo respon

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Setiausaha Kabinet, Mayor Teddy Indra Wijaya, menjelaskan bahawa Presiden Indonesia, Prabowo Subianto,

Beliau membatalkan kunjungannya ke Malaysia untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,

Bukan disebabkan demam atau masalah kesihatan seperti yang dilaporkan.

Menurut laporan Kompas TV, Teddy menyatakan bahawa Presiden Prabowo terpaksa segera pulang ke Indonesia bagi menyelesaikan urusan penting negara.

“Beliau (Prabowo) perlu segera berada di Indonesia kerana ada perkara yang harus diselesaikan.

Itu sahaja sebabnya. Jika dilihat dalam video, beliau kelihatan sihat dan terus mempengerusikan mesyuarat,” jelasnya.

PMX maklum pertemuan dengan Presiden Indonesia batal sebab demam, sekali lain pula bila Prabowo respon

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia (PMX) melalui Facebooknya memaklumkan bahawa pertemuan dengan Presiden Prabowo dibatalkan kerana beliau dikatakan mengalami demam.

PMX turut diberitahu bahawa Prabowo membatalkan pertemuan tersebut sehari sebelum jadual kunjungannya ke Malaysia.

BACA: Walaupun lahir dalam keluarga islam, pelakon veteran ini memilih untuk murtad