PM sahkan PRU-15 dibuat lebih awal

PM sahkan PRU 15 dibuat lebih awal

PM sahkan PRU-15 dibuat lebih awal. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan lebih awal iaitu sebelum Julai 2023.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno berkata, paling lewat PRU-15 boleh diadakan pada Julai 2023, selepas tamat tarikh akhir penggal pilihan raya umum yang lalu.

“Tempoh tamat pada Julai, iaitu kira-kira setahun sahaja dari sekarang. Setahun bukanlah jangka masa yang lama bagi parti politik menghadapi pilihan raya.

“Sebab itu kita kena sentiasa bersedia, itu kalau paling lewat setahun, pilihan raya mungkin diadakan lebih awal daripada tarikh akhir penggal.

“Maknanya kalau paling lewat setahun, kalau lebih awal jangka masa itu lebih dekat, sebab itulah saya minta di Bera ini, semua jentera, tak kira Umno atau Barisan Nasional (BN) perlu sentiasa bersiap siaga, kerana akhirnya pilihan raya akan tiba juga,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas dengan petugas Jalinan Rakyat (JR) Wanita di Bera, hari ini.

PM sahkan PRU-15 dibuat lebih awal

Beliau berkata, persediaan awal perlu bagi mengelakkan keadaan kelam kabut khususnya jentera BN dalam menghadapi PRU-15 kelak.

Khamis lalu, Dr Mahathir Mohamad berpendapat, tarikh sesuai untuk diadakan PRU15 ialah sehingga habis penggal iaitu hujung Julai 2023.

Mengulas mengenai perjumpaan bersama petugas JR diadakan itu, Ismail Sabri berkata, dia bangga kerana usaha Wanita dari Umno, MCA dan MIC yang berusaha melakukan kajian sikap pengundi di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, dia enggan mengesahkan perjumpaan terbabit sebagai tanda bahawa PRU15 akan diadakan dalam masa terdekat.

“Soal bila pilihan raya, saya sudah beritahu, jangan tanya, tapi perlu bersedia, bersiap siaga.

“Saya dah kata, biasanya, dari dulu pun tidak pernah kita berbincang di khalayak mengenai tarikh pilihan raya, jadi tunggulah,” katanya.

BACA:

Selepas lompat keluar Bersatu, Zuraida harap PM kekal jawatan menterinya

Anak muda selamba tayang slip gagal SPM di tiktok curi tumpuan

Peminat teruja Marvel perkenal superhero muslim pertama

CATEGORIES