PM kata hukuman mati tidak dimansuhkan, atas budi bicara mahkamah. Hukuman mati mandatori tidak dimansuhkan di negara ini, sebaliknya, dipinda kepada hukuman mati dengan pilihan kepada hukuman lain mengikut budi bicara mahkamah, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga secara prinsip turut menerima serta mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui satu kajian.
“Kita pada dasarnya bersetuju tentang perkara tersebut cuma ada beberapa pandangan pandangan daripada menteri undang-undang kita sebagainya supaya lebih kemas, lebih terperinci, diperkemaskan lagi.
“Mungkin ada beberapa perkara yang perlu dilihat tapi pada dasarnya kita bersetuju supaya mandatori itu
diberikan kepada pilihan hukuman, pilihan mati… hukuman mati pun boleh atau kalau dirasakan perlu hukuman lain seumur hidup dan sebagainya diberikan kepada hakim untuk menggunakan budi bicara,” kata beliau dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia di sini, pada Jumaat.
Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas laporan bahawa hukuman mati mandatori dihapuskan pada satu Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori.
Tambah Ismail Sabri, kerajaan juga secara dasarnya bersetuju dengan cadangan untuk memberikan hakim kuasa menggunakan budi bicara dalam menjatuhkan hukuman diperkemaskan lagi.
Menurutnya, keputusan itu dibuat untuk memastikan hak semua pihak terpeliharan dan terjamin dalam mencerminkan ketelusan kepimpinan negara untuk menambahbaik sistem keadilan jenayah negara.
Terdahulu, media melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai berkata, Jemaah Menteri bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), serta 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.
BACA:
Hawa pakai seluar adik dia ke? Netizen kecam pemakaian pembaca berita muslimah
Ahli Kimia dedah rahsia cara cuci buah, sayuran dari racun yang betul
Orang ramai mula terasa kenaikan harga roti canai