Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, yang baru meletakkan jawatan, tiba di pangkalan tentera udara di India petang semalam.
Hasina meninggalkan Bangladesh berikutan bantahan besar-besaran terhadap pemerintahannya, menurut laporan media India.
Hasina berlepas dengan pesawat Tentera Udara Bangladesh sebelum mendarat di Pangkalan Hindon
Tentera Udara India, di Ghaziabad, berhampiran New Delhi, lapor saluran berita India Today.
Sebelum itu, Ketua Tentera Bangladesh, Jeneral Waker-uz-Zaman, mengumumkan
kerajaan peralihan selepas Hasina melarikan diri dari negara itu akibat protes ganas yang berlaku di seluruh negara.
Pihak berkuasa di Dhaka juga menutup Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal, menurut akhbar harian nasional Prothom Alo.
BACA: Panas disoal kenapa umur 45 tahun tak kahwin lagi, lelaki tamatkan riwayat jiran