PKPB mungkin dilanjutkan lagi…

PKPB mungkin dilanjutkan lagi…

Pengamal perubatan mengingatkan orang ramai supaya tidak menolak kemungkinan lanjutan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang dikenakan di Lembah Klang, Putrajaya dan Sabah.

Mereka berkata, sebelum ini lanjutan perintah itu pernah dilanjutkan dan ia boleh berlaku lagi sekiranya PKPB semasa tidak memberi hasil memuaskan dalam usaha mengurangkan kes Covid-19.

PKPB bagi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya dijadualkan berakhir pada 27 Oktober. Bagi Sabah, ia akan berakhir sehari lebih awal.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Subramaniam Muniandy berkata, sekatan semasa di Lembah Klang sudah mencukupi, tetapi menambah bahawa kerajaan mungkin akan memperhalusinya berdasarkan keadaan yang dihadapi.

“Kalau tidak ada penambahbaikan bilangan kes dalam masa 2 minggu ini, kita boleh jangka akan ada lanjutan PKPB atau mungkin ada sekatan tambahan,” katanya.

“Matlamat sekarang adalah untuk melandaikan keluk dan menghalang perintah sekatan menyeluruh.”

Sementara itu, anggota majlis Akademi Perubatan Malaysia Dr Bulgiba Awang Mahmud berkata, “tempoh 2 minggu terlalu singkat untuk melihat trend menurun yang ketara kerana jangkitan semasa mungkin tidak dapat dilihat dalam masa lebih kurang seminggu”.

Katanya, keadaan semasa “sedikit berbeza” berbanding keadaan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia semasa PKP fasa pertama.

Dr Lim Kuan Joo, ahli majlis Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), mempersoalkan rasional di sebalik tempoh 2 minggu itu.

“28 hari adalah penanda aras untuk diisytiharkan bebas daripada ancaman Covid-19,” katanya.

Beliau berkata pengumpulan data dan analisis perlu digunakan untuk memutuskan sama ada lanjutan perintah sekatan perlu dibuat atau sebaliknya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/16/jangan-tolak-kemungkinan-pkpb-dilanjut-masyarakat-diberitahu/

COMMENTS