PKP : Setiap DUN Selangor terima peruntukan khas RM100,000 untuk bantu rakyat

PKP : Setiap DUN Selangor terima peruntukan khas RM100,000 untuk bantu rakyat

Sejumlah RM100,000 diperuntuk kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi melaksanakan program Mesra Rakyat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ahli parlimen negeri ini turut mendapat manfaat RM50,000 bagi tujuan sama.

“Berikutan keadaan pandemik yang terus melarat, kita bersetuju meluluskan Peruntukan Khas Selangor Mesra Rakyat kepada 56 DUN dan ahli parlimen dengan kadar segera,” katanya ketika membentangkan Pakej Kita Selangor hari ini.

Beliau berkata program meliputi perolehan bekalan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan makanan dalam tin boleh dilaksanakan secara terus.

Pakej dengan implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta bagi meringankan beban rakyat melalui pelbagai inisiatif khas untuk mendepani Perintah Kawalan Pergerakan 2.0.

Pelan itu antara lain menggiatkan usaha memerangi wabak Covid-19 dan merangsang ekonomi negeri termasuk pemberian bantuan kepada golongan terjejas. –SK

COMMENTS