PKP kurang berkesan kerana pelaksanaan memilih bulu

PKP kurang berkesan kerana pelaksanaan memilih bulu

Rakyat dah mula tidak ambil serius dan langgar arahan PKP. Puncanya, perlaksanaan pilih bulu. Rakyat marhaen ditahan dan dikompaun, para menteri dan orang-orang besar ke sana ke sini ke sana ke sini. Kalau setakat nak jumpa anak buah dan sampaikan bantuan barang dapur pada penerima bantuan, saya tak fikir ianya penting sangat sampai menteri perlu langgar peraturan PKP semasa krisis Covid-19.

Ada sekumpulan asatizah datang jumpa Menteri Agama semasa PKP. Mereka dapat kebenaran poliskah? Atas dasar apa mereka dibenarkan melanggar peraturan PKP? Apakah perjumpaan itu lebih penting dari kewajipan solat Jumaat?

Ada banyak contoh lain yang menunjukkan kerajaan gagal menguatkuasakan PKP secara berkesan. Mesej kerajaan juga bersimpang siur. Ada menteri mahu kedai gunting rambut dibuka. Ada menteri mahu penerbangan MAS disambung semula. Ini semua gila punya kerja.

Ini sebenarnya adalah resepi kegagalan PKP. Kerajaan tidak cukup serius dan penguatkuasaan yang tidak saksama.