PKP bagus untuk alam sekitar, dakwa menteri

PKP bagus untuk alam sekitar, dakwa menteri

Menteri Alam Sekitar Tuan Ibrahim Tuan Man menghurai panjang lebar keadaan alam sekitar yang makin bersih ekoran PKP yang sedang dilakukan sekarang ini.

Baru-baru ini dalam kuliahnya (klik videonya sudah dipadam) beliau ditempelak apabila mengeluarkan pandangan, hikmah di sebalik Covid-19 menjadikan alam sekitar di seluruh dunia bersih kerana tidak ada pencemaran asap kereta, apabila semua kenderaan tidak bergerak secara serentak.

Hari ini beliau mengeluar kenyataan terperinci hasil analisa keadaan alam sekitar sesudah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurutnya, beberapa lokasi mendapati kadar kualiti alam sekitar yang terbabit dengan KPK pertama menunjukkan kesan yang baik peratus kandungannya menurun.

Katanya aliran pencemaran udara bagi nitrogen dioksida, sulfur dioksida, karbon monoksida dan habuk halus bersaiz 2.5 mikron di Batu Muda dan Cheras di Kuala Lumpur dan Putrajaya menurun dengan ketara antara 1 hingga 30 Mac.

Katanya nitrogen dioksida menurun antara 55 hingga 68 peratus, sulfur dioksida 17 hingga peratus, karbon dioksida (6 hingga 15 peratus), habuk halus 2.5 mikron ( 6 hingga 14 peratus).

Saya konfius mengenai data-data dan dapatan Kementerian itu apa hubungkaitnya dengan Covid-19. Yang kita cari kini adalah solusi untuk membendung wabak itu daripada merebaknya bukan soal kebersihan alam sekitar dengan menurunkan peratus gas-gas berkenaan.

Apakah alam sekitar memberi kesan kepada pengurangan wabak itu? Sebab kalau kita perhatikan kes-kes bertambah dari sehari ke sehari dan begitu juga jumlah kematian yang sudah cecah ke angka 43 kematian. Ertinya penurunan gas-gas itu tidak memberi kesan negatif kepada C-19.

Saya lihat apa disebut dan dibanggakan Tuan Ibrahim itu tidak memberi kesan kepada pembendungan C-19. Maka jadilah segala perincian dan butiran diberikan itu lebih kurang tindakan dan saranan diberikan oleh beberapa menteri sebelum ini yang diketawa dan diperolok-olokan oleh umum.

Seperti penggalakan agar minum air suam untuk nyahkan C-19, melakukan pembersihan jalan raya, anjur nasihati isteri berkomunikasi dengan suami dengan gaya meniru suara Doraemon ataupun meletakkan gambar di kampit beras.

Tuan Ibrahim dan menteri lain perlu berbuat sesuatu yang signifikan dengan masalah dihadapi sekarang bukannya cuba membuat analisa dan tidak unjuran apa-apa idea yang tidak membantu mengurangkan wabak C-19. Uhhh…uhhh.. Trims.

Sumber :