PKP : 8 didenda RM1000 kerana makan ayam belakang rumah

PKP : 8 didenda RM1000 kerana makan ayam belakang rumah

Gara-gara makan ayam beramai-ramai di belakang rumah, lapan lelaki masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang, di Kuala Lumpur, hari ini, selepas mengaku bersalah ingkar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman denda maksimum terhadap Md Zain Ahmad ,63, Mohd Nurfitri Abdul Aziz ,37, Shajaruddin Misbahulmunir ,36, Shawalludin Mohd Nor ,40, Roslan Dahalan ,49, Mohammad Nur Othman ,33, Muhamad Zairi Abu Bakar ,48, dan Muhamad Hanif Abdul Manap berusia 35 tahun .

Mahkamah memerintahkan kesemua mereka menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya gagal membayar denda itu.

Mereka didakwa ingkar Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 iaitu berhimpun dalam kawasan jangkitan di belakang rumah di Kampung Sungai Kertas, Batu Caves, Gombak, di Kuala Lumpur, pada jam 6 petang, Ahad lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shasha Hidayah Nor Azahar memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran. Bagaimanapun, peguam M.Mariappan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), yang mewakili semua lelaki itu, memohon hukuman denda minimum kerana mereka telah menyesal atas perbuatan itu.

“Kelapan-lapan mereka ditangkap semasa mereka sedang makan di tempat tersebut dan memohon maaf atas perbuatan mereka itu,”katanya.

Berita penuh :https://www.malaysiakini.com/news/521979

COMMENTS