“Pisang berbuah banyak kali, bini menangis minta ampun rupa-rupanya ini kerja bini aku dan ketua jabatan”

Oleh INFORAKYAT

“Pisang berbuah banyak kali, bini menangis minta ampun rupa-rupanya ini kerja bini aku dan ketua jabatan”Satu hari anak perempuan balik dari IPTA, dia terus menangis peIuk saya.

Dia kata, dia bukan anak saya sebab darah kami berlainan.

Puncanya bila dia buat derma dar4h dan jenis darahnya berbeza dengan saya dan adik beradik yang lain.

"Pisang berbuah banyak kali, bini menangis minta ampun rupa-rupanya ini kerja bini aku dan ketua jabatan"

Saya sering membaca kisah-kisah yang dipaparkan banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja, biasanya kaum wanitalah yang sering mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang suami masing-masing.

Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yang merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing.

Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan hati saya, kalau selalunya kaum wanita terasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila khianati oleh isteri sendiri.

Apa perasaan anda semua bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejut kan, saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yang berperasaan demikian, ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yang mempunyai pengalaman pahit seperti yang saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri.

Dulu saya pun menyimpan perasaan yang sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan ia menjadi racun berbisa dalam hati saya. Jadi hari ini saya luahkan. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yang kita tak sangka berlaku boleh berlaku.

Demikian pengalaman pahit yang saya lalui. Saya mula berkerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya datang dari keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat sayangkan kerja saya. Saya bekerja tak tentu masa, kerana saya terlalu gembira dengan tugas saya, sesuatu yang saya idamkan selama ini.

Walaupun saya mendapat tawaran belajar ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga saya miskin. Jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit boleh bantu ayah saya sekolahkan adik-adik, dan saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran mereka, lulusan U dan semua mereka memegang jawatan yang baik juga.

Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan saya bekerja, saya naik pangkat juga dan menjawat jawatan yang baik, ini baIasan Allah daripada pengorbanan besar yang telah saya lakukan demi kebahagian dan pelajaran adik- adik saya.

Kerana terlalu sayangkan kerja saya terlupa usia semakin meningkat dan saya tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum jam 8 pagi saya dah mula bekerja dan balik jam 6 petang ada kalanya lewat malam.

Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja bagi saya. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.

Saya hanya berkelulusan MCE, tetapi nasib menyebeIahi saya. Jawatan kerajaan yang saya pegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu gIamour juga di mata gadis-gadis.

Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan saya seorang Pengarah merancang satu k0nspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat sahaja.

Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang tidak lumrah. Di pejabat saya digeIar ‘the most eligible bachelor’. Konpirasi mereka menjadi membuat mereka memaksa, saya berkahwin dengan seorang gadis yang boleh dikatakan cantik juga.

Anak seorang ulama dari keluarga agak tersohor, dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Seluruh jabatan menantikan perkahwinan saya, dan selepas hampir setahun berkenalan saya pun mendirikan rumah tangga dengan Hamizan.

Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi 3 tahun kemudian dan yang ketiga selepas lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat yang melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL.

Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas. Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif dalam persatuan.

Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya dalam bidang ini telah membawanya keseluruh negara dan Asean dalam misi mengeratkan silatul-rahim antara badan-badan yang sama antara negara tersebut.

Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas jam 8 malam dan kadangkala sehingga jam 10 malam. Saya tidak merasa syak wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan kemesraan pada bila-bila masa.

Antara kami saling sayang menyayangi. Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menghubungi saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri di usung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat.

Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan saya cuba siasat sendiri. Suatu hari saya pulang jam 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebeIah Hamizan, ketika itu dia tertidur.

Hampir pitam saya bila membeIek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga yang berpangkat rendah. Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya.

Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi saya ingatkan anak-anak dan maruah keluarga. Saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajarannya amat menggalakkan.

Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak mengambil sebarang tindakan. Kalau dulu saya berkorban untuk adik-beradik biarlah kali ini saya berkorban lagi untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya.

Waktu itu walaupun saya marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun dan maaf. Malangnya pisang berbuah banyak kali.

Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti kegiatannya setelah menceroboh masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yang pernah dikenali semasa remaja dulu.

Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yang sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa lagi. Namun untuk puaskan hati, saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga mengaku secara lisan.

Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada ‘statute of limitation’, bermakna baIasannya akan tiba mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.

Apa yang menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak orang ulama, pandai mengaji Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yassin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyang, puasa, termasuk yang sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan.

Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar bahawa apa yang dilakukan adalah lakonannya untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksi4t dan kecurangan yang dilakukan di luar rumah dan di belakang saya.

Walaupun saya begitu marah tetapi memukuI tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya belum berakhir.

Satu hari anak kedua saya Nuraine yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti, sampai ke rumah dia terus memeIuk saya dengan tangisan katanya dia bukan anak saya. Darah kami berlainan.

Tentulah saya terk3jut besar. Bila saya tanya lebih lanjut mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis dar4hnya lain dan tidak ada persamaan dengan dar4h saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan boleh sampai ke tahap ini.

Hamizan ketika ditanya tidak mengaku malah menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nursaine adik-beradik dengan anak-anak saya yang lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine.

Malah pernah dahulu rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali.

Hamizan kini masih tinggal sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya lagi sejak hampir 10 tahun lalu, sejak kisah Nuraine terbongkar. Dia tetap mengaji, sembahyang dan membaca yassin setiap malam Jumaat namun ketiga-tiga anak saya tidak menghormatinya lagi.

Mereka enggan bertegur sapa dengannya, tidak pernah bercakap dengan sopan, kalau bercakap pun dengan kasar hingga membuatkan Hamizan menangis. Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka.

Anak sulung saya kini ‘star-performer’ di jabatannya, dan mungkin akan dinaikkan pangkat tidak lama lagi. Nuraine pula mewakili syarikatnya kini bertugas di Eropah sementara anak ketiga saya akan tamat pengajian tidak lama lagi.

Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asalkan anak-anak hidup bahagia dan berjaya. Malah saya boleh berbangga dengan pelajaran dan pekerjaan masing-masing. Yang penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yang tidak sabar dan mengikutkan rasa saya.

Saya berk0rban semua ini, menanggung rasa malu, dan menelan semua yang isteri saya lakukan demi anak-anak saya. Nuraine walaupun berada di luar negara hampir setiap hari dia menghubungi saya bertanya khabar.

Saya perhatikan anak-anak saya yang lain lebih sayangkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan tetapi antara kami sudah tidak ada apa-apa lagi.

Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah maha pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya.

Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi. Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya ia telah melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya.

Jika ia benar maka saya tidak akan mengampunkan apa juga d0sa yang telah dilakukan oleh Hamizan terhadap saya selama ini. Sungguh saya tidak menyangka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yang saya curahkan kepada dia selama ini disia-siakan.

Komen warganet :

Afiqah Rabiatul : Apa pulak, setahu saya jenis darah anak-anak saya pun berlainan dengan saya dan saya pun pernah tanya doktor tentang perkara ni, nape macam tu?? Doktor tu terangkan, kalau contoh akak AB, suami O tak semesti anak kena sama. Kadang-kadang anak tu berdarah A jer atau B.

Juliah Samadi : Memaafkn ada lah lebih baik daripada berdend4m. Kalau dah rasa isteri buat salah lepaskn je la kalau tak nak maafkan. Ingat hidup di dunia ni cuma sementara baanyak-banyak la berbuat baik.

Setiap orang ada buat silap tapi kalau dia dah mohon maaf pada Allah. Sedangkn Nabi pun ampunkn umatnya ni kan lagi kita hamba yang kerdil. Kongsikan pandangan sahaja

Ida Abidah : Biarlah darah apa pon. Asalnya merah juga. Katanya isteri suka baca yasin tiap-tiap jumaat. Anak kepada seorang yang kuat agama. Perlu ingat iman tak boleh diwarisi.

Mana yang katanya solat itu mencegah kemungkaran, padahal tetap berlaku. Sebab tu perlu tahu apa itu solat yang sebenar. Bukan sekadar tangkap muat. Kenapa dibiar isteri bertahun-tahun sampai ingkar nafkah batin.

Baik lepaskan je. Apa nak dikira maruah, kan bagus maafkan walaupon pedih. Pasti ada sinar menanti. Tiap-tiap kita pon di uji. Perlu dingat, d0sa yang tak di ampun adalah syir1k. Sekadar bagi pandangan.

Tammy Amy : Betul hamizan banyak dosa tapi sebesar mana pun seorang ibu. Anak -anak tak boleh buat macam tu pada ibunya. Itu dosa ibu pada Allah dan suami.

Dalam Satu hadis Abu hurairah ra. kisah seorg pelacur masuk syurga. Allah ampunkan d0sa nya sebab bagi seekor anjing minum air. Seorang ibu bertarung nyawa melahirkan anak. Tolong la minta anak-anak berbaik semula dengan ibu mereka.

Hasmah Hasmah : Maafkanlah isteri, Allah tahu segala-galanya tapi ada silap kita sebab terlalu percaya pada manusia sedangkan dia manusia biasa dan terlalu baik patutnya kita ikut apa yang Allah berikan dan sunnah nabi.

Janganlah terlalu kecewa sampai kita sesat istighfar banyak-banyak lepaskan dia belajarlah hidup reda jangan kita memandang dia ada ilmu ada ulama baik tak semua macam tu sabarlah.

BACA:

Ini senarai pendapatan artis terkenal buat ramai tergamam, tapi jumlah kekayaan Neelofa tu kalah PM woi!

Homestay Rahmah hanya RM5 sehari siap swimming pool untuk B40? Biar betul? Ini ceritanya