Photoshoot dalam dewan bedah undang pelbagai reaksi ramai

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Pengambilan gambar sebelum akad nikah atau pra-perkahwinan sudah menjadi trend yang popular dalam masyarakat masa kini.

Ia tidak hanya sebagai kenang-kenangan, tetapi juga sebagai cara untuk menghargai pasangan yang telah berjanji untuk hidup bersama selamanya.

Sebagai contoh, pasangan doktor ini memilih dewan pembedahan sebagai lokasi utama untuk sesi penggambaran mereka.

Photoshoot dalam dewan bedah undang pelbagai reaksi ramai

Menurut laporan NDTV, seorang doktor yang bekerja secara kontrak di sebuah hospital kerajaan di daerah Chitradurga, Karnataka, telah dipecat selepas terlibat dalam penggambaran pra-perkahwinan di dalam dewan pembedahan.

Tak pernah dibuat orang, photoshoot dalam dewan bedah undang pelbagai reaksi ramai

Video yang dirakam dan disebar di media sosial menunjukkan doktor tersebut ‘melakukan’ pembedahan kepada seorang pesakit sementara tunangannya membantunya dalam prosedur simulasi.

Pasangan itu menggunakan alat perubatan dan dikelilingi oleh peralatan pencahayaan profesional. Tema penggambaran itu nampaknya berkisar pada bidang perubatan, dengan video itu diakhiri dengan ‘pesakit’ duduk dan ketawa selepas pembedahan yang diolok-olok.

Kerana mendapat kritikan luas dalam talian, Menteri Kesihatan Karnataka, Dinesh Gundu Rao, mengarahkan agar doktor terbabit dipecat dengan serta-merta.

Beliau menegaskan bahawa “hospital kerajaan bertujuan untuk berkhidmat kepada orang ramai, bukan untuk penglibatan peribadi” dan sikap doktor tersebut tidak dapat diterima dalam konteks disiplin profesional.

Baca Juga :“Mak paksa aku kahwin dengan duda anak 5, aku sedih sebab dah ada kawan lelaki masa tu tapi mak tetap paksa sebabkan si duda ni berduit”