PH harus tumpu pada matlamat selamatkan negara dari ditunggang PN

PH harus tumpu pada matlamat selamatkan negara dari ditunggang PN

Kadang-kadang bila kita berpolitik kita banyak di pergaruhi oleh sentimen dan perasaan. Bila cerita pasal jawatan PM ramai yang jad vision tunnel dan tersangkut dengan school of thought yang jawatan PM itu adalah tujuan teragong sampai lupa agenda untuk reform. Sedang kita bergaduh bab PM ini, jutaan rakyat malaysia di buang kerja. Nak harap PN untuk berjuang demi mereka? Bahagi jawatan GLC sesama pengkhianat pun ada yang tak puas hati, inikan nak tolong rakyat kebanyakan yang sengsara

Betul penyokong PH dah banyak kena kena khianat dan itu tak dapat di nafikan. Tapi kenapa kita masih nak bising bab kaki kena cucuk duri akibat dari 20 tahun khianat di masa kepala kita hampir jadi santapan sang algojo yang rakus? Sudah tentu kita boleh merungut pasal pengkhiatan siang dan malam tapi at end of day, perut lapar perlu di suap, hidup tak boleh di mandiri hanya berdasarkan prinsip hidup yang utophia.

Kalau di tanya jadi kerajaan dengan jadi pembangkang yang mana kita dapat bantu rakyat? Ini nak masuk PRU pun tak ada duit, jangan cerita nak tolong orang miskin di kawasan masing-masing. Lagi lama PH jadi pembangkang, lagi kuat lebai PAS tunggang jentera kerajaan. Ingat beberapa minggu lepas dapat kuasa, mereka sewenang2 nya tunggang FAMA atau Mardi ( citation needed). Kalau depa dah tunggang semua jentera kerajaan, macam mana PH nak menang terutama sekali di pantai timur?

Nak tak nak PH tak boleh nafi politik orang melayu masih berkisar pada politik salam dan dedak. Dia orang melayu dia tak kisah pemimpin itu korup atau tidak janji waktu kempen jumpa depan mata, kena bersalam lepas itu kalau ada masalah senang nak jumpa YB minta bantuan. Kalau dah jadi pembangkang, apa bantuan yang PH boleh bagi? Kalau jadi kerajaan boleh la guna peruntukan dari JKM etc. Ni masa PN semua bantuan pun kena sakau dengan depa, this is on an even playing field lagi dah.

Macam saya tulis tadi; jawatan PM kalau lepas di reform dan limitkan kuasa PM; angkat balik sistem parlimen ke standard yang sepatutnya; tak kisah la siapa PM atau DPM, penyalahgunaan kuasa tersebut dapat di kekang. Ingat tujuan utama kita untuk reform, kalau reform tersebut dapat di lakukan even DSAI as a TPM; what more could you ask for?

Kalau DSAI jadi PM sudah tentu lebih bagus; tapi ini bukan negara utophia. Nak ubah institusi yang dah korup bertahun ini bukan mudah, kalau dapat reform sedikit dalam masa baki 3 tahun adalah lebih baik dari langsung tak ada reform dalam masa 5 tahun jadi pembangkang.

Bagaimana kalau TunM khianat lagi?

Hak dalam hati ini kita berserah pada Allah, yang penting kita jujur dan teguh pada perjanjian Insyallah Allah akan tolong. Kalau nak ikut hati, kita tak sangka orang macam Rashid Hasnon dan Saif dollah boleh join pengkhianat. Kalau kita nak bertajjasus dengan apa yang buruk dalam hati orang kita akan jadi macam TokPeti utara; yang kini dia sendiri malu nak tegur PN lepas dia sertu. Ingat dia pernah fitnah kata Anwar rakus tapi dia sendiri endorse Muidin rakus yang nama tak ada dalam senarai PM.

Akhir kata kalau TunM nak khianat lagi buat kali ke 3, dan ini cara dia hendak tinggalkan legasi dia, hanya Allah sebaik-baik pembalas. Saya melihat perkara ini dari segi holistik macam perjanjian hudaibiyyah yang nampak berat sebelah tapi menguntungkan dalam jangka masa yang panjang. Biar kita sebagai orang yang beriman berpegang pada janji dan kesepakatan itu pasti akan membawa kebaikan.

Sumber :

COMMENTS