PH harus tegas dengan prinsip, tak perlu tergesa-gesa

PH harus tegas dengan prinsip, tak perlu tergesa-gesa
So? Dah le TAKDE parti dgn dia hanya 5 MP Bebas (Ex-Bersatu) + 9 Warisan + 1 UPKO + 1PSB = 16 MP., masih lagi nak jadi PM? Akan ada lagi yg kalih tapi takkan berpuluh2 kot?? DSAI pula ada 92 MP di blkg JIKA mereka kekal berprinsip, kekal bersama konsensus PH. 𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗶𝗻𝗶 𝘀𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺.
IRONIKnya…DSAI dgn 92 MP mahu DIPAKSA utk beri laluan kpd pemilik sokongan 16 MP +++ yg akan lompat lagi? Kali KEDUA?? Dan kena ingat, yg akan melompat, sebahagiannya menyokong DSAI sebagai PM, bukan Tun M sorg. Kalau DSAI tak beri laluan?? Maka…Dot dot dot…??🤔 Tak pasti lah betul ke tidak, tapi ada ahli satu parti tu percaya sgt DSAI tak boleh jadi PM. Katanya sumber dari Presiden parti mereka kononnya. Dianggap benar lah tu. DSAI dan PH sepatutnya ada “bargaining power”.
Kalau tanya saya? SECARA_PERIBADI saya dah jelaskan saya lebih suka PH tunggu PRU15 pada tahun 2023. ANDA TIDAK PERLU BERSETUJU DGN SAYA. Ada yg kata 3 tahun dlm politik adalah terlalu lama. Ya. Saya akui. Kenapa kita nak cepat sgt kalau dah tak boleh nak bermuafakat? Lebih baik kita tunggu 3 thn lagi di mana “halangan” utk bermuafakat itu dah “lenyap” atau beransur reda.
Pada saya, 39 MP PKR sepatutnya jangan berganjak, COMPROMISE..!! Biar PH terus jadi pembangkang selama mana Tun M tak setuju berundur dan Shafie Apdal tak sokong DSAI sebagai PM. Ini akan gagalkan cara SD pada Jun, VoNC Julai akan gagal dan “VoNC” terhadap Belanjawan 2021 pada November pun akan gagal. Begitu juga dgn penggal2 seterusnya selagi mereka tidak mahu bersetuju dgn syarat DSAI dan PKR.
Kalau dah pantang larang Tun M ialah “benarkan DSAI jadi PM” kenapa tak boleh “membenarkan Tun M jadi PM” adalah menjadi pantang larang kita penyokong dan MP-MP dari PH? Shafie Apdal tu di Sabah bila2 masa boleh tumbang, biar dia terdesak. Ini bukan soal sbb nak sgt DSAI jadi PM per se, tapi kita dah tahu Tun M ni mcm mana, merosakkan agenda Reform dan tidak boleh dikawal oleh MP PH. Tolak Tun M, tolak DSAI, siapa lagi MP yg layak diketengahkan sebagai PM pada ketika ini? Yiddin PM skrg, Zahid Hamidi, Pak Aji B atau Najib?? Persoalannya siapa calon PM dari PH jika bukan DSAI? PH tak pernah sediakan “backup plan” ini. Yillek.
Ini juga adalah “The Test of Endurance” atau “ENDURANCE TEST.” Siapa sanggup bertahan sehingga 3 tahun lagi jadi pembangkang?
Biar PH terus jadi PEMBANGKANG selama mungkin dan lebih baik sehingga habis penggal pada tahun 2023. PH berpeluang membersihkan organisasinya daripada puak khianat dan tak ikhlas berjuang utk rakyat.
Biarkan shj PN memerintah dgn cara dia. Biar apa yg akan terjadi…terjadi. Biar rakyat rasa peritnya keadaan Ekonomi di bawah PNkhianat. Tiba waktu kempen PRU15 PH kempen habis-habisan. “One Cardinal Rule” tetap terpakai. Percayalah.
JIKA ditakdirkan DSAI tidak boleh jadi PM atas apa faktor sekalipun, kita semua kena terima dan redha. MOVE ON..!! Di masa akan datang, tampilkan pimpinan2 lebih muda dari kalangan PKR, Amanah dan DAP utk ganti DSAI dan pemimpin2 veteran.
Kita hanya tak mahu PNkhianat dan PNyamun terus memerintah Malaysia tapi tak semestinya kita perlu “kalut”, kelam kabut dan tergesa-gesa nak jadi kerajaan sehingga sanggup gadaikan prinsip serta biarkan org yg tak pedulikan agenda REFORM jadi Perdana Menteri. Mahu ke dia mewakili PH?
Wallahualam.
Sumber:

COMMENTS