PH gesa kerajaan hentikan intimidasi terhadap MP pembangkang

PH gesa kerajaan hentikan intimidasi terhadap MP pembangkang

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan mengambil maklum siri tindakan di mana Ahli-Ahli Parlimen pembangkang termasuk dari Pakatan Harapan telah dipanggil pihak berkuasa untuk disoal siasat, dan ada kalanya tindakan-tindakan ini bersekali laporan-laporan media yang menimbulkan persepsi tertentu terhadap individu-individu tersebut.

Majlis Setiausaha berpandangan bahawa tindakan-tindakan ini adalah satu bentuk intimidasi terhadap musuh politik. Kami mengecam keras tindakan-tindakan intimidasi ini.

Pihak Perikatan Nasional seharusnya lebih matang dan terbuka dalam menangani pendirian politik yang berbeza dari yang dipegang Perikatan Nasional itu sendiri. Tindakan-tindakan intimidasi seperti ini hanya akan mewujudkan persepsi negatif terhadap politik dan demokrasi Malaysia di mata dunia.

Majlis Setiausaha menggesa agar tindakan-tindakan intimidasi ini dihentikan serta-merta. Demokrasi di Malaysia harus dipertahan dan diselamatkan dari pihak yang ingin merosakkan keadaan demi kepentingan peribadi dan kelompok politik mereka.

YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Khalid Samad
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Anthony Loke Siew Fook
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Sumber :

COMMENTS