PH disaran tumpu pada pengukuhan parti

PH disaran tumpu pada pengukuhan parti

Daripada dok bazir masa pilih bakal PM-9 yang tak berkesudahan, baik masing masing tumpu pada pengukuhan parti.

DSAI perkukuhkan balik PKR, halau semua pengkhianat pengkianat dalam PKR terutama Geng Kartel Semburit.

Tun M pikirlah macam mana nak bawak balik Bersatu ke perjuangan asal yang selari dengan PH. Kalau tak mampu, pujuklah diri sendiri dan jugak penyokong untuk masuk dalam mana mana Parti Komponen PH yang sesuai dengan perjuangan masing masing. Syaratnya kena ikutlah hala-tuju Parti yang dipilih tu.

Amanah perkuatkan parti terutama ni Pantai Timur, Utara, Selatan dan Pantai Barat. Kiranya seluruh Negara la. Kalau nak hadap PRK/PRU rasanya Amanah antara parti yang paling bermasalah dari sudut Tenaga Kerja, Kepimpinan bawahan dan jugak kewangan.

DAP pulak kena tarik balik sokongan Majoriti Bukan Melayu terutama di kawasan luar bandar & sekurang2nya 30% sokongan dari Melayu di Bandar & Luar Bandar.

Selagi tak settle semua tu, tak yah sembang bab nak ambik-alih Putrajaya lah…

Kereta kalau berlubang sana-sini, dengan enjin semput jalan 3 silinder, tayar botak, absorber mampuih, signal tak menyala, lampu depan menyala sebelah, high-beam menyembam suluh tanah, lampu brek pun x de nak jalan jauh sampai mana..?

Sumber :

COMMENTS