PH belum kibar bendera putih lagi

PH belum kibar bendera putih lagi

Bila Tun Dr Mahathir berkata mereka (PH) tidak berminat untuk melawan PN untuk kembali ke Putrajaya, ramai yang terkejut seolah Tun sudah mengangkat bendera putih.

Namun saya tidak nampak ia penyudah kepada sebuah kehendak yang makin menebal kerana yang tersurat tidak semestinya tersirat.
Maka pengharapan terus diberikan dan tindakan serta usaha Tun dituntut oleh penyokong PH.

Kita nampak, apabila Yb Loke (DAP)dan Yb Khalid Samad (Amanah) setuju Tun Dr Mahathir sebagai PM jika PH kembali ke Putrajaya maka teruk kedua dua pemimpin ini kena siat seolah musuh sebenar adalah dua pemimpin ini.

Celaan dan kritikan bertali arus. Langsung seolah olah tak ada kebaikan keduanya melainkan buruk belaka.

Apakah dengan kenyataan bersama itu keduanya sudah “menjual” perjuangan PH yang dilaung laungkan?.

Jawapannya tidak,malah semangat mereka kental untuk berada dalam pasukan dan terus berjuang.

Saya tidak nampak keduanya ada sikap mengenepikan Anwar malah saya yakin option kedua mengiktiraf pemimpin PKR itu untuk bergandingan dengan Tun.

Timbul saranan jangan percayakan Tun dan ia “diratib” dari setiap sudut untuk terus melagakan keduanya bagi menggagalkan usaha ke Putrajaya.

Maka akhirnya mereka berjaya dan Anwar menolak pencalonan Tun yang hanya meminta enam bulan tempoh sebagai PM sebelum diserahkan kepada Anwar.

Dan perjalanan ke Putrajaya tersekat seketika tanpa bilangan daripada Ahli Parlimen PKR yang bersama Anwar.

Mahu tidak mahu jika usaha ke Putrajaya mahu diteruskan maka Tun dan komponen PH yang lain terpaksa memerah otak memikirkan bagaimana untuk menjayakan misi mustahil ini walaupun sebenarnya tidak mustahil.

Bermacam teori dan perkiraan “kalau” dibuat oleh pemerhati politik. Termasuklah mengenengahkan kemungkinan kemungkinan yang ada logiknya malah tidak kurang juga yang dicipta untuk menyedapkan hati masing masing.

Kalau Anwar menukar pendirian, semuanya selesai tetapi kita tidak nampak ia akan berlaku dalam masa terdekat.

Maka salah menyalah, serang menyerang dikalangan sesama penyokong memenuhi Media sosial.

Ada yang menyerang peribadi dan menambahkam lagi rasa serabut.

Ada yang bertanya, kenapa waktu Amanah dan DAP menyokong DSAI calon PM sebelum ini kita diam membatu tanpa menyatakan dua komponen PH ini hebat dan setiakawannya menebal.

Malangnya penyokong PH kabur akan hal sebenar bahawa rakan yang dicemuh itu sedang berjuang mengembalikan Putrajaya kepada PH.

Langsung keduanya tidak dilihat mengkhianati kepercayaan rakyat malah ianya sekadar pendapat dan pendirian demi survival PH.

Sikap yang agak melampau dalam membuat andaian dan kritikan menjadikan ia makin kusut.

Kita laju dari lajak.

Cemuhan bukan jalan selesai dan sepatutnya perbetulkan mana yang silap kerana semuanya dalam satu pasukan.

DDM

Sumber:

https://t.me/malaysiaharmoni

COMMENTS