Pesuruhjaya Pas Terengganu sah positif Covid-19

Pesuruhjaya Pas Terengganu sah positif Covid-19

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Husain Awang disahkan positif Covid-19 hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid menerusi kenyataan media.

Husain dimasukkan ke Hospital Setiu untuk rawatan dan dalam keadaan sihat tanpa sebarang gejala.

“Marilah bersama kita berdoa agar beliau dilindungi Allah serta dikurniakan kesejahteraan dan keafiatan,” kata Muhyidin. – MK

COMMENTS