Peserta Masterchef terkejut kena masak Ular, sekali ini yang jadi

Oleh INFORAKYAT

Peserta Masterchef terkejut kena masak Ular, sekali ini yang jadi. Rancangan memasak di kaca televisyen pastinya antara rancangan yang popular di kalangan penonton. Manakan tidak, penonton sentiasa disajikan dengan hidangan yang enak. Namun, di laman media sosial tular sebuah rakaman video sebuah rancangan pertandingan memasak yang memerlukan peserta menggunakan ular sebagai bahan utama dalam hidangan mereka. Gelinya!

Peserta menjerit terkejut

Menerusi perkongsian semula episod rancangan masakan itu di aplikasi TikTok, peserta rancangan masakan itu dikejutkan dengan bahan utama masakan yang sangat mengerikan sehingga studio rakaman kecoh dengan jeritan peserta.

Lebih mendebarkan, apabila bahan masakan utama dibawa masuk, kedengaran suara peserta MasterChef Thailand menjerit terkejut. Rupa-rupanya peserta diarahkan untuk memasak ular.

Peserta Masterchef terkejut kena masak Ular sekali ini yang terjadi

Sebaik sahaja pihak juri memberi arahan, mereka tanpa membuang masa terus mencari bahan-bahan lain dan terus memasak. Semakin menghampiri ke masa penamat, peserta dilihat gigih menyiapkan hidangan mereka walaupun ada diantara mereka yang sangat geli dengan ular itu ketika proses menyiang dan memotong.

Perkongsian rakaman ular yang lengkap fizikal itu dijadikan bahan utama dalam episod itu telah mendapat perhatian warganet dengan jumlah tontonan sebanyak 2.1 juta dan 83 ribu tanda suka.

Video penuh

https://ww w.youtube.com/watch?v=slYSDvylBX8&ab_channel=MasterChefThailand

‘Aku rela tarik diri’

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut. Ada juga yang berpendapat bahawa rancangan pertandingan masakan di Thailand memang ekstrem.

BACA:

Azri luah perasaan, “Ellie cakap saya ada perempuan lain sebelum cerai tak betul, demi Allah!”

Tidak boleh lagi buat iklan unsur agama, kata SKMM

Liyana Jasmay ‘sound’ padu kepada pelakon tak ada disiplin