Pesawat Indonesia disyaki terhempas
Pesawat komersial Sriwijaya Air SJ182 yang dalam penerbangan dari Jakarta ke Pontianak, Indonesia dilaporkan hilang dari radar pada Sabtu, lapor portal berita Detik.com.
Pesawat model Boeing 737 tersebut dilaporkan terputus hubungan pada jam 2.40 waktu tempatan ketika melintas ruang udara di daerah Kepulauan Seribu, Jakarta.
“Saya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dan masih memeriksa data-data berkaitan.
“Saya akan maklumkan perkembangan terkini nanti,” kata Pengurus Perhubungan Awam Airnav Indonesia, Yohanes Sirait ketika diminta pengesahan.
Maklumat awal menyatakan bahawa pesawat berkenaan membawa 56 penumpang yang terdiri daripada 46 orang dewasa, tujuh kanak-kanak dan tiga bayi.
Sriwijaya Air flight #SJ182 lost more than 10.000 feet of altitude in less than one minute, about 4 minutes after departure from Jakarta.https://t.co/fNZqlIR2dz pic.twitter.com/MAVfbj73YN
— Flightradar24 (@flightradar24) January 9, 2021
Pesawat itu dijadual berlepas dari Jakarta sekitar jam 2 petang waktu tempatan, namun difahamkan dilewatkan beberapa minit berikutan cuaca buruk.
Belum dapat dipastikan jumlah penumpang dan krew dalam pesawat berkenaan
BACA: Disebabkan teknologi ini, ramai rakyat Malaysia diambang kehilangan kerja