Setiap kali menaiki pesawat, orang ramai selalunya berharap agar perjalanan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Namun, siapa sangka perjalanan pesawat AirAsia AK5748 pada 10 Februari dilaporkan terpaksa membuat pendaratan ke Kuching.
Situasi ini berlaku disebabkan penemuan seekor ular di ruang penyimpanan bagasi, yang menyebabkan kepanikan di kalangan penumpang sepanjang
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tawau. Kes ini turut memaksa juruterbang untuk membuat pendaratan lebih awal.
Menerusi laporan oleh The Rakyat Post, kapten Leong Tein Ling telah mengesahkan insiden tersebut, menjelaskan bahawa situasi seperti ini sangat jarang berlaku dalam pesawat.
@edalwa01 Kelihatan seekor ular dalam pesawat dlm penerbangan dari KL ke Tawau. Pesawat terpaksa emergency landing di AirPort Kuching #fyp ♬ Suspense Music – Sound Collective
Kapten tersebut bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden tersebut dan memilih untuk mendarat di Kuching terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga untuk keselamatan penumpang dan anak kapal.
Kejadian ini mencetuskan perbincangan di kalangan netizen, yang mengaitkannya dengan filem “Snakes on a Plane” yang ditayangkan pada tahun 2006.
Beberapa penumpang pesawat tersebut juga tidak mengetahui punca sebenar pesawat terpaksa membuat pendaratan segera di Kuching sebelum meneruskan perjalanan ke Tawau menggunakan pesawat yang lain.
Tidak ada individu yang cedera dalam usaha mengeluarkan ular tersebut dari dalam pesawat.