Pesawat China bawa ratusan penumpang terhempas, ini yang terjadi..

Pesawat China bawa ratusan penumpang terhempas, ini yang terjadi..Pesawat China Eastern Airlines yang membawa 132 orang terhempas di kawasan pergunungan di wilayah Guangxi, menurut pegawai penerbangan China.

[bg_collapse view=”button-blue” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Pesawat jenis Boeing 737 itu telah jatuh di kawasan pergunungan dengan pihak berkuasa masih menunggu jumlah rasmi mangsa yang terkorban dan punca kemalangan.

Pesawat dengan nombor penerbangan MU5735 itu berlepas dari Kunming seperti yang dijadualkan pada 13:15 waktu tempatan (12:15 WIB) dan dalam perjalanan ke Guangzhou.

Beberapa video kini tular di media sosial yang menunjukkan bagaimana pesawat itu terhempas menjunam ke kawasan pergunungan berhampiran bandar Wuzhou di kawasan Teng. Ia dirakam oleh penduduk tempatan dan juga pihak berkuasa yang berada di tempat kejadian.

Pesawat China bawa ratusan penumpang terhempas, ini yang terjadi..

Dalam salah satu video yang beredar di media sosial, kelihatan pesawat China itu terhempas dengan cara menjunam ke bawah sebelum jatuh di kawasan pergunungan. Dalam video yang lain pula kelihatan api sedang marak membakar hutan-hutan selepas pesawat itu jatuh di kawasan tersebut.

Untuk rekod, China sebenarnya mempunyai rekod yang baik bagi keselamatan pesawat dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu. Nahas terakhir yang dipercayai berlaku adalah pada tahun 2010 yang mengorbankan 42 orang sewaktu penerbangan itu berlepas dari Harbin ke Yichun.

Kejadian menyayat hati ini sudah pasti menangkap hati rakyat Malaysia yang sebelum ini turut merasa betapa dukanya kehilangan keluarga dan sahabat tersayang dalam nahas MH370 dan MH17. Kebanyakan mereka menitipkan doa dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahasa China Eastern Airlines.

“Takziah kepada keluarga mangsa dan bersemadilah dengan aman.” Tulis salah seorang pengguna Facebok. “Salam takziah, harapnya keluarga mangsa tabah dan kerajaan China perlu keluarkan post mortem pesawat secepat mungkin.” tambah yang lain.

Di Instagram dan Twitter, beberapa warganet turut menitipkan doa dan ucapan takziah kepada mangsa yang terkorban.

Setakat hari ini, China Eastern masih belum mengulas mengenai kejadian ini dan mengelak daripada menjawab sebarang pertanyaan. Tetapi syarikat penerbangan itu telah mengubah logo mereka menjadi kelabu di akaun media sosial dan menukar laman web itu kepada hitam dan putih sebagai tanda berkabung.

Platform pengesanan penerbangan melaporkan pesawat itu berada di udara selama sejam dan hampir sampai ke destinasinya. Bagaimanapun, FlightRadar24 menunjukkan pesawat itu menjunam jatuh dari 29,100 kaki kepada 9,075 kaki dalam masa dua minit dan 15 saat.

Tonton Juga :

BACA LAGi : Umno kata Pas ada 3 jahanam, ini respon ‘pedas’ Tuan Ibrahim

Gadis cerita pengalaman berniaga depan kubur, “menggigil dah kaki..”

Anwar, Muhyiddin dan Tun M akan bincang kerjasama politik?

[/bg_collapse]

CATEGORIES