Pelbagai cara digunakan kaki judi terutamanya kaki nombor ekor untuk mencari dan mengesan kedudukan empat angka yang dianggap ajaib kepada mereka.
Antaranya, ada kaki judi yang sanggup berjumpa ‘bomoh nombor’ yang memerlukan barangan atau senjata lama
untuk dibaca mentera sehingga dikatakan empat angka akan keluar menerusi barang terbabit.
Walaupun keadaan kediaman ‘bomoh nombor’ sendiri yang usang dan nak roboh, namun masyarakat kita tetap percaya akan kehebatan bomoh tersebut mendapatkan nombor bertuah yang dinantikan.
Kisah pencarian nombor ekor ini bukan sahaja terkenal di negara kita malah di beberapa negara lain terutamanya Thailand dan Indonesia juga sama.
Terkini, tular di media sosial berkenaan kemunculan empat angka ajaib di bawah perut haiwan terutamanya kura-kura.
Perut kura-kura jadi buruan kaki judi, dakwa ada nombor ‘ong’ dekat situ
Dikatakan selepas bertemu dengan kura-kura tersesat, perlu melalui beberapa proses antaranya menabur serbuk bedak ke perut kura-kura sehingga timbul angka yang tersembunyi.
Rata-rata orang ramai juga geli hati dengan kaedah terbabit dan menyatakan kaki judi memang akan sanggup melakukan apa sahaja walaupun cara tersebut adalah salah.
“Memang kaki nombor ni dia tak kira, apa sahaja melintas depan mata mesti ada sahaja cara mereka nak dapatkan nombor,” jelas Saifullah Kaisah.
“Ada juga yang puja tandas lama, batu nisan lama. Kadang-kadang jumpa kerbau jantan pun mereka cari nombor dekat tanduk kerbau tu, macam-macam lah,” jelas Yuji Kataro.
BACA:Nadia Brian dakwa terima mesej ustaz nak berkenalan gara-gara syarat mencari bakal calon suami