Pertimbangkan situasi ini dahulu sebelum batalkan PKP

Pertimbangkan situasi ini dahulu sebelum batalkan PKP

Kita harus capai sifar kes baharu Covid19 selama 14 HARI BERTURUT-TURUT sebelum pertimbangan membatal PKP boleh dibuat.

Sekadar mencapai angka sifar sehari dua ataupun seminggu adalah tidak memadai. Kita perlu mencatat sifar kes baharu selama 14 HARI BERTURUT-TURUT kerana itulah tempoh incubation kes-kes Covid19 secara umummya. Incubation bermaksud tempoh untuk menunjukkan simptom seperti batuk kering, demam dan sebagainya.

Kita perlu sedar bahawa kebanyakan kes Covid19 adalah asymptomatic. Maksudnya tidak ada simptom ataupun simpton tidak ketara. Kita mungkin capai sifar kes hari ini atau esok, tapi mungkin ianya masih sedang merebak. Cuma kita tidak nampak kerana simptom belum menonjol. Dia mungkin hanya mula menonjol pada hari ke-10, 11, 12, atau dua minggu nanti.

Jika PKP dibatal dalam mana-mana keadaan selain keadaan sifar kes selama 14 hari berturut-turut, kita akan kembali ke keadaan pada awal Mac. Maksudnya segala usaha frontliners kita sepanjang 5 minggu ini telah menjadi sia-sia.

Sebab itu tempoh sifar kes baharu selama 14 HARI BERTURUT-TURUT itu penting.

Dalam erti kata lain juga, ini bermaksud kita di Malaysia dan negara-negara lain masih JAUH dari harapan kembali ke keadaan seperti sebelum ini. Maka peranan masing2 duduk rumah sangat penting. Malah kita tidak harus berhenti di situ. Kita harus tegur ahli keluarga ataupun sahabat-sahabat yang mengingkar PKP. Mereka juga perlu duduk rumah. Jika tidak, seluruh negara akan terus di-lockdown buat selama-lamanya.

Dalam keadaan PKP, saya juga sarankan sahabat-sahabat dan para kenalan saya memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin. Jangan hanya main Facebook ataupun tontot drama. Cuba manfaatkan masa yang ada untuk belajar bahasa baharu ke, belajar menyanyi ke, belajar tentang economic principles ke, belajar tentang financial markets ke, belajar tentang sejarah tamadun manusia ke, belajar memasak atau membuat kek ke, apa-apa sahaja lah. Saya sendiri pun banyak membaca berkenaan pasaran saham, economic principles dan sebagainya beberapa minggu ini. Kemahiran dan ilmu yang dikuasai dalam masa ini akan memberi kelebihan kepada masing-masing. You can be better skilled, better knowledged, better prepared berdepan dengan dunia selepas ini.

Sumber :

COMMENTS