Pertemuan Azmin dan wakil PKR, khabar angin Anwar bawa masuk Azmin bertiup kencang

Oleh INFORAKYAT

Pertemuan Azmin dan wakil PKR, khabar angin Anwar bawa masuk Azmin bertiup kencang. Bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dikatakan bertemu dengan dua wakil PKR. Ianya berlaku ditengah tengah spekulasi masa depannya bersama parti Bersatu yang nampak samar.

Penghijrahan Zuraida ke parti lain juga menguatkan lagi spekulasi ini menjadi semakin hangat.

Perkara ini didedahkaan beberapa orang pemimpin kanan PKR kepada sumber dari Malaysiakini yang tidak mahu identiti mereka didedahkan.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan itu berlangsung pada Rabu lalu (15 Jun) di Hotel Sheraton di Petaling Jaya.

“Ia berlangsung selama sejam,” kata satu sumber.

Azmin bagaimanapun pagi ini mengeluarkan kenyataan yang antaranya menegaskan komitmen kepada Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin.

Pertemuan Azmin dan wakil PKR, khabar angin Anwar bawa masuk Azmin bertiup kencang

Menurut sumber-sumber, pertemuan itu turut mempunyai kaitan dengan kesetiaan kumpulan anggota parlimen yang menyokong Azmin.

Mereka mendakwa Azmin cuba “membeli insurans” untuk kelangsungan karier politiknya.

Presiden PKR Anwar Ibrahim dikatakan sedar berkaitan pertemuan itu. Usaha mendapatkan komen pejabat Anwar setakat ini belum berhasil.

Ditanya sama ada Anwar mempertimbangkang untuk membawa masuk Azmin ke dalam PKR kembali, sumber-sumber berkata mereka tidak pasti.

Bagaimanapun, satu sumber berkata Anwar mempunyai sejarah berdamai dengan musuh-musuh politiknya, seperti dalam kes Mahathir Mohamad.

“Jika Anwar dapat maafkan Mahathir sebelum ini, apa lagi yang mustahil dalam politik?” soal sumber itu.

Azmin, bekas timbalan presiden PKR dan orang kanan Anwar, meninggalkan parti itu selepas penjajaran semula politik yang dikenali sebagai “Langkah Sheraton” yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

BACA JUGA :

Rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran sedang dilanda badai?

Kecoh menantu PM jadi naib pengerusi pakaian dalam wanita, ini respon Jovian

Dakwaan akan ikut Zuraida lompat parti, akhirnya Azmin buka mulut