Pertama kali Johor pintas Selangor kes baharu tertinggi positif Covid-19

Pertama kali Johor pintas Selangor kes baharu tertinggi positif Covid-19

Malaysia merekodkan 1,870 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kes positif keseluruhan sebanyak 110,485 kes.

Buat kali pertama, Johor menjadi negeri dengan jumlah kes tertinggi, iaitu 607 kes. Ini diikuti oleh Selangor dengan 472 kes dan Sabah sebanyak 280 kes.

Peningkatan kes di Johor dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Tembok Choh yang melaporkan sebanyak 374 kes.

“Sebanyak 402 kes (21.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Choh (374 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (8 kes), Kluster Pagar Bentong (6 kes), Kluster Tembok Mempaga (4 kes), Kluster Tembok (4 kes), Kluster Pagar Siput (3 kes), Kluster Tembok Gajah (2 kes), dan Kluster Hala Mutiara (1 kes),” kata Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan media harian perkembangan COVID-19.

Sementara itu, enam kematian dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 463 kes.

Lapan kluster baharu turut dilaporkan di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan Kedah.

Klsuter-kluster berkenaan ialah Kluster Tembok Choh, Kluster Tapak Broga, Kluster Tapak Bina Jalan Stesen, Kluster Slot Berjaya, Kluster Jalan Nikolas, Klsuter Gerbang Pongsu, Kluster Damai Ketari dan Kluster Alor.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-1870-kes-baharu-johor-pintas-selangor-catat-kes-tertinggi-275337

COMMENTS