Pertahan tindakan ingkar PKP, Adun Pas Kedah kena kecam

Pertahan tindakan ingkar PKP, Adun Pas Kedah kena kecam

Hari ni akhbar rasmi parti Islam melalui Harakahdaily menjawab isu Timbalan Menteri Kesihatan dan Exco Perak yang dikatakan melanggar arahan PKP baru-baru ini. Dengan tajuk”Ingkar PKP berbeza dari kecuaian terhadap SOP” merupakan kenyataan dari Adun Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor.

Sepatutnya pimpinan dari sebuah parti Islam jangan duk dalam penafian tak sudah-sudah. Jangan kerana kamu pemimpin, hanya melanggar SOP sahaja, apabila rakyat melanggar PKP. Jangan sebarkan ilmu bohong syarie lagi musim-musim begini. Apabila bukan ketua keluarga isi minyak kena saman, jogging, lepak, main bola, makan kari kepala kambing, solat kat surau kena gari kena saman.

Kamu sebagai pemimpin sepatutnya menunjukkan teladan yang baik. Sepatutnya pemimpin la perlu berhati-hati dan lebih peka dgn peraturan. Jika tak, ia akan jadi momokan rakyat. Walau apa pun, mengata orang memang sedap, tapi bila kena batang hidung sendiri, pandai pula cari alasan.
Kalau yang ada kuasa dikira pelanggaran SOP, kalau rakyat bawahan baru dikira langgar PKP, ini pencerahan double standard. Jangan ingat rakyat di Malaysia semuanya buta kayu dan boleh diperbodohkan.

Alasan dengan mereka tak makan dari pagi demi memenuhi tugas itu alasan merapu. Dah berapa hari mereka tak makan? 1 hari? 2 hari? Seminggu? Bagilah alasan yang orang awam pun fikir logik. Tunjuklah tauladan yang perlu ditunjukkan, agihan bantuan itu yang perlu, jamuan-jamuan bukan satu kemestian.

Janganlah nak menegakkan benang yang basah. Jangan ada peraturan antara dua darjat

Sumber :