Pemilik sebuah restoran diserang oleh sekumpulan ahli persatuan peniaga kerana menjual makanan pada harga yang terlalu murah.
Berdasarkan sebuah video yang tular, restoran makanan Padang itu didatangi oleh beberapa pemilik restoran serupa yang tidak berpuas hati.
Difahamkan, mereka merupakan penduduk asal Padang, Sumatera Barat,
Manakala pemilik restoran yang diserang dikatakan bukan berasal dari kawasan tersebut.
Ketua Polis Cirebon, Komisioner Besar Sumarni, menjelaskan bahawa kumpulan tersebut adalah daripada Persatuan Restoran Padang Cirebon (PRMPC).
Menurutnya, kumpulan itu tidak berpuas hati dengan harga makanan yang ditawarkan dan meminta pemilik restoran tersebut menaikkan harga menunya. Restoran tersebut dikatakan menjual makanan dengan harga 10,000 rupiah (RM2.80) sepinggan.
“Mereka ingin mengetahui mengapa restoran itu menjual makanan pada harga yang sangat murah,” kata Sumarni.
Polis juga mengingatkan ketua persatuan tersebut agar tidak melakukan tindakan yang boleh menimbulkan keresahan serta berpotensi mengancam pihak tertentu.
Tambahnya, peniaga harus diberi kebebasan untuk menentukan harga, dan pihak lain tidak berhak memaksa restoran untuk menaikkan harga.
“Peniaga sepatutnya bebas menetapkan harga jualan, terutamanya jika harga tersebut mampu membantu penduduk yang kurang berkemampuan,” jelas Sumarni
BACA: Wanita ajar 4 cara simpanan KWSP cecah RM2 juta pada usia 35 tahun